Thursday, January 22, 2009

Pak Lah di Dubai, Utusan sendiri talqinkan UMNO

United Malays National Organisation yang asal sudah ditalqinkan oleh mahkamah, yang ada sekarang ini adalah UMNO (Baru) ditubuhkan oleh Mahathir.
Jarang sekali rencana seperti dibawah akan disiarkan Utusan. Mungkin ada perancangan apabila dengar kabar, Pak Lah akan terus menjadi PM.
Begitupun, Pak Lah di Dubai hari ini...

Bersediakah parti kemerdekaan negara ditalkinkan?
DR. MOHD. AZAM RAUZAN
Bandar Baru Uda, Johor

KEKALAHAN Barisan Nasional (BN) di Kuala Trengganu tempoh hari sebenarnya tidak memeranjatkan ramai penganalisis dan pemerhati politik tempatan. Sekarang bukan lagi masanya untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak.
Apa yang perlu dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO, baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri ialah menerima hakikat sebenar-benarnya bahawa rakyat serta ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula mual dan meluat dengan berbagai-bagai janji dan perancangan untuk memperbetulkan UMNO. Imej UMNO sudah rosak di kaca mata rakyat.
Sebagai seorang yang pernah berada dalam kerajaan dan sangat faham dengan budaya pemikiran pemimpin UMNO, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat tentang kemelut yang sedang melanda UMNO ketika ini.
UMNO sekarang sedang mengalami masalah imej serta kepimpinan. Rakyat sudah mula bosan dengan cakap tak serupa bikin pemimpin UMNO terutamanya daripada kalangan kepimpinan tertinggi parti untuk merubah UMNO.
Kita tidak boleh menyalahkan rakyat kerana hilang keyakinan pada UMNO. Di bawah ini saya ingin berkongsi pendapat yang membuat UMNO hilang kredibiliti di kalangan orang Melayu. Malah ramai ahli UMNO sendiri yang mula kecewa pada parti mereka.
1) Pemimpin UMNO banyak cakap tak serupa bikin. Apa jadi dengan kisah pemukiman Shah Alam yang digembar-gemburkan dalam proses membaik pulih UMNO selepas pilihan raya yang lepas. Rakyat dan ahli-ahli UMNO masih menantikan dengan penuh kesabaran. Apa perubahan yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti selepas hampir satu tahun pilihan raya umum berlalu?
2) Imej pemimpin UMNO yang sombong dan tidak mesra rakyat sebenarnya bukan hanya timbul masa pilihan raya kecil tempoh hari sahaja, namun secara merata kebanyakan pemimpin UMNO yang memegang kuasa sama ada di peringkat pusat mahupun negeri sebenarnya sombong dan susah didampingi. Inilah hakikat yang perlu direnungi oleh pemimpin UMNO. Kebanyakan mereka hanya mesra rakyat bila tiba musim pilihan raya ataupun musim pemilihan UMNO sahaja.
3) UMNO dilihat sebagai satu parti elitis dan birokrat. Apa tidaknya, rakyat melihat UMNO seolah-olah dimiliki segolongan pemimpin tertentu sahaja daripada golongan birokrat dan warisan. Pi mai pi mai tang tu juga. Tak perlulah kita ulas panjang lebar.
4) UMNO tidak banyak berubah dari segi pemimpinnya. Kalau kita lihat ramai pemimpin yang sudah mempunyai banyak sejarah hitam dalam diri mereka masih diguna pakai oleh UMNO dan masih diiktiraf oleh pucuk tertinggi parti. Apakah UMNO sayang untuk menukar pemimpin-pemimpin yang banyak membawa liabiliti kepada parti dan Barisan Nasional?
5) Lembaga Disiplin UMNO yang didakwa pilih kasih serta tidak berintegriti menambah buruk lagi imej UMNO di kaca mata rakyat. Apa tidaknya misalnya kes yang melibatkan bahagian Kota Tinggi yang diambil keputusan dengan tergesa-gesa, walhal beratus lagi kes lain yang tidak diambil tindakan hanya kerana ia melibatkan masa depan seorang kuat UMNO juga menjadi ukuran rakyat terhadap UMNO.
6) Politik wang yang melanda UMNO sejak pemilihan di peringkat bahagian hinggalah ke peringkat pemilihan pusat pada bulan Mac ini menyebabkan bukan sahaja rakyat malah ahli-ahli muda UMNO meluat terhadap parti ini. Apa tindakan pucuk pimpinan serta lembaga tatatertib UMNO?
7) Pemilihan calon-calon adalah faktor terpenting dalam pilihan raya. UMNO selalu memilih calon yang salah. Tangan-tangan ghaib yang menentukan calon-calon yang tersalah pilih harus menerima akauntabiliti terhadap keputusan rakyat menolak UMNO.
Pemimpin UMNO harus ikhlas dalam muhasabah diri dan parti. Pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang angkuh dan sombong akan membawa parti ke lembah kehancuran. Dan nasib yang akan di terima UMNO sudah boleh kita jangkakan.
Kerana semua yang diperkata di atas pernah berlaku pada parti Golkar di Indonesia, LDP di Jepun, Kongres di India yang kesemuanya parti kemerdekaan yang telah ditolak rakyat kerana kesombongan dan keangkuhan pemimpin mereka.
Kini tinggal UMNO, satu-satunya parti kemerdekaan yang kekal di dunia, dan kalau tidak ada perubahan dilakukan, bersedialah untuk UMNO ditalkinkan.

6 comments:

F.A.Z.R.U.L.L.S said...

Kini tinggal UMNO, satu-satunya parti kemerdekaan yang kekal di dunia, dan kalau tidak ada perubahan dilakukan, bersedialah untuk UMNO ditalkinkan. ..

--- Amin......

Pentilium5 said...

ada juga kita baca dalam blog mengenai anak orang Melayu pergi universiti naik FERARRI

Kita jangan nak bayar bil talipon, nak bayar road tax motor pun susah mana nak cekau. Road tax tu Ferrari... aduh... pak..+ insurance sure dah beratus ribu setahun.....

Gondang Emas said...

kalau mengikut teori sejarah,satu2 kuasa parti terkuat didunia selalunya akan pupus apabila menjangkau usia hampir 50 tahun or lebih. so..ini disebabkan oleh revolusi or faktor out of date..so Be-End tidak terkecuali la. mesti tima hakikat ni..

orangtakbetul.org said...

Ha ha ha.....

Dr(?) Azam Rauzan ni saya kenal.

Bekas ADUN di kawasan Parlimen Pengerang di Johor (saya lupa nama DUN), tapi satu penggal sahaja.

Saya letak tanda '?' kerana tak salah saya, lesen untuk medical practitioner beliau kena tarik oleh Medical Council tahun 2006 lalu kerana melanggar etika perubatan (membuat penipuan semasa mendaftarkan bayi luar nikah di klinik beliau tak salahnya).

Tahun 2008 tidak dicalonkan semula.

Saranan belaiu memang bagus, tapi macam pepatah Inggeris, "pot calling the kettle black".

Memang ada pepatah lain mengatakan "don't shoot the messenger" tapi agak ironik seorang yang ingin melihat integriti di dalam parti beliau tetapi sendiri tidak berintegriti dalam menjalankan tugas profesionalnya.

Rizalhanafi said...

"7) Pemilihan calon-calon adalah faktor terpenting dalam pilihan raya. UMNO selalu memilih calon yang salah."

what do you expect? In a toilet bowl such as umno, only crap rise to the top.

don said...

dah nak wat macammano lai.......kena la pi gali kubur siap2...........kalau dah perjuangan tu berlandaskan perut,, ni la jadi nyo.....