Friday, January 23, 2009

Menteri-menteri UMNO Yang SOMBONG di Dubai


Sambung cerita entri ini,

Tiba-tiba dalam menanti dan berbual, ada seorang mamat datang memperkenalkan diri kepada kami.

Katanya, "I'm a minister!"Saya berkata, "Betul ke, tak kenal pun!"

Dia menjawab, "Ongkili...!"

"Maaf, kami tidak kenal ramai menteri...sudah tidak ikut perkembangan!"

Nampak dua tiga menteri masuk, terus menyusup ke satu meja...malas nak tegur, kecuali Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) yang nampak mesra dan bersalam dengan semua yang ada.Kami sempat berdialog santai dengan TSMY.
Kami berjenaka mengenai 'bakal PM Malaysia' dan dia menerima dengan baik.
Katanya, "Sebelum di checkmatekan...!"

Saya berkata kepada TSMY, 'Dengar Tan Sri kata, UMNO tiada 'wow' lagi...salah tu, dalam UMNO ada wow, alif mim nun wow!"

Dia tersenyum, "UMNO ada alif ba ta sahaja...!"


Ishamudin Rais panggil TSMY sebagai mat sembam. Tetapi kira OKlah. TSMY, TS Mohd Nor Yaakob dan Ongkili yang menyapa kita terlebih dahulu.

Dua tiga ekor menteri 'pengiring' lain dan MB Pahang terus sahaja ke meja mereka. Sapa dan bersalam pun tidak dengan kami. Mungkin mereka rasa tidak perlu atau sebab-sebab lain yang kami tidak tahu. Mungkin takut ditanya kekalahan di KT mahupun kes orang kuat UMNO yang bakal di hadapkan ke mahkamah kerana rasuah politik pemilihan UMNO.

Kami bukan ahli UMNO dan tidak mahu meminta apa-apa projek. Jauh sekali mahu membodek atau mengemis dana untuk skim cepat kaya mahupun politik wang. Nampak dua tiga pencacai dari Dubai yang mahu kelihatan sentiasa bersama menteri-menteri berkenaan. Biarkanlah labu!
Walauapapun, seperti kata TSMY memang seperti UMNO sendiri, menteri-menteri pengiring berkenaan tiada "WOW". Pak Lah pun ada sedikit WOW kerana mahu bersalaman dengan rakyat Malaysia.
Cerita lain di SINI.

4 comments:

jules said...

ku ingat alif mim nun wow tu sarkis.

jules said...

salam....
kita orang biasa Malaysia semua nya ada wow wow belaka;cuma yang hidung tinggi dan lupa daratan dan ada kaitan dengan sarkis tu yang tak ada faktor wow lagi.

WOW.....Brother Fudzail, you have a beautiful family, WOW.....

Kan faktor Wow tu masih ada kat kita orang.
Selamat Hari Raya Cina......

wakden said...

Macam mana ongkili boleh jadi UMNO,

you ni teruk betul lah orang kampong kawan ni..

don said...

biar la si luncai..terjun dgan labu2 nya.............kali ni luncai,,terjun bawak labu labu concrete,,,,,