Saturday, January 17, 2009

Membungkus 275,000 Peralatan Sekolah Kanak-kanak Gaza

Dubai Cares, sebuah badan amal kepunyaan kerajaan Dubai menyediakan 275,000 bungkusan peralatan sekolah untuk kanak-kanak Gaza.

(Gambar-gambar dari Affandy M Shaary)

Begitu ramai sukarelawan yang datang untuk membantu. Pelbagai bangsa hadir dan bertungkus-lumus membantu.

Tentunya suasana tidak sama dengan keadaan di Gaza, tetapi bagi kami, setiap bantuan untuk mereka yang menjadi mangsa Israel (dan juga pemimpin Arab yang mengikut telunjuk Amerika) adalah usaha sebagai sokongan.
Semua yang datang melakukan apa sahaja tanpa diminta mengikut kemampuan dan apa yang ada.Terharu melihat jumlah yang hadir memenuhi ruang dewan. Sempat bertemu ramai rakan-rakan lama yang bersama keluarga memberi sokongan.


Sesak dua tingkat termasuk laman, kami hanya sempat diluar kerana sedikit lewat, dalam setengah jam.
Hanya membantu menyiapkan kotak-kotak. Mereka di dalam dewan memasukkan barangan dalam kotak-kotak.

No comments: