Wednesday, January 28, 2009

Lembu-Lembu Yang berGERAK


Mengorbankan lembu, kambing, dan kini unta dsbnya memang sudah menjadi sebahagian dari tradisi raya korban. Satu ibadah yang bercampur baur dengan pencemaran nilai dan budaya semasa.

Malah, boleh juga menjadi strategi politik untuk iklan percuma sebagai wakil rakyat, ketua bahagian/cawangan, ketua pemuda/wanita/puteri/putera dsbnya.

Pertambahan jumlah haiwan untuk dikorbankan mengikut kariah juga boleh menjadi perlumbaan, siapa yang lebih banyak.

Lembu hanyalah haiwan yang menjadi perlambangan dalam pengorbanan. Lembu adalah haiwan yang banyak berjasa dan ramai anak-anak manusia membesar denga susu lembu.

Maka lembu yang bukan haiwan dan berGERAK dengan dua kaki juga boleh dipergunakan untuk memperlembukan mereka yang tidak, atau masih belum dilembukan oleh politik ketuanan lembu demi lembu yang tidak sedar mereka juga adalah bertaraf lembu.

Memang ramai orang politik menggunakan korban lembu sebagai propaganda cap lembu keramat untuk memperlembukan minda penyokong dan demi kelihatan sebagai lembu suci. Ahli-ahli politik bersongkok, bersamping merah yang sebenarnya bertaraf lembu korban kerana turut dilembukan oleh orang lain, tidak boleh selamanya menyalahgunakan lembu demi kerjaya dan survival.

Lebih menyesakkan melihat gelagat lembu-lembu yang berGERAK untuk memperlembukan orang lain melupakan yang semua lembu-lembu berkaki dua dikalangan mereka adalah lembu-lembu yang lebih lembu minda serta perjuangan ketuanan palsu dari lembu haiwan yang berak merata-rata.
Lembu-lembu politik, sama ada montok dengan lemak rasuah atau masih baru untuk menggemukkan tubuh dengan rasuah, mereka pada realitinya sekadar menunggu masa untuk dikorbankan. Lembu-lembu dalam kandang ketuanan lembu boleh melompat ke kandang baru untuk bersama perubahan dan berubah dari menjadi lembu yang dicucuk hidung sepanjang masa kepada manusia yang boleh membedakan lembu-lembu politik.
Ahli-ahli politik bertaraf lembu dan para lembu berGERAK bakal menjadi korban, bukan sempena hari raya haji, tetapi korban pada suara rakyat yang bukan lembu dulu, kini dan selamanya!

No comments: