Sunday, January 11, 2009

Hinglish - Satu Pengalaman Kerja di Dubai - Malaysiakini

Sejak bekerja di Dubai, salah satu pengalaman menarik ialah kekeliruan dalam penggunaan bahasa dan istilah bahasa Inggeris. Oleh kerana ekspatriat dari benua Asia Selatan menjadi majoriti, maka pengaruh 'Hinglish' atau bahasa Inggeris acuan India agak kuat.
Memang melucukan kerana apabila sudah biasa dengan Manglish (Malaysian English), Hinglish menambah kekeliruan.
Begitupun, bahasa Inggeris saya tidaklah hebat. Cuma mungkin lebih baik dari sebilangan rakan sekerja yang bukan British, Australians, New Zealanders, Americans atau South Africans.
Bahasa Inggeris peringkat SPM dahulu pun sekadar PASS. Dan diperingkat HSC di New Zealand dahulu pun sekadar 'B'.
CEO di Dubai Internet City, Hamid benar-benar mengajar saya penggunaan bahasa Inggeris yang baik. Dia amat teliti dengan penggunaan perkataan, terma dan ayat. Seakan cikgu bahasa Inggeris dan saya bertuah mempunyai bos seperti beliau yang tidak lokek dengan ilmu.
Setelah bekerja di Nakheel, saya menjadi 'pengarang' untuk pelbagai lapuran, minit, tender dan kontrak. Sehingga bos terdahulu meminta menjadi 'speech writer' beberapa kali terutama ketika bergaduh melalui emel. Selian memperbaiki CVnya.
Hari ini bos sekali lagi mengingatkan saya yang beliau tidak akan menandatangani apa jua surat, lapuran, minit dan kontrak tanpa saya 'meluluskan'nya dahulu. Bermakna, sejak tiga tahun lalu, saya masih menjadi 'editor.'
Satu kerja tambahan tanpa apa-apa elaun yang semakin mencemuhkan dan menambah geram kerana mereka, para jurutera terus tidak memperbaiki bahasa Inggeris mereka. Penat membetulkan grammar dan ejaan dalam minit mesyuarat terutamanya.
Kata bos, "Masalah betul dengan Hinglish....bahasa Inggeris rasmi untuk bisnes mereka semua teruk!"
Mereka semua ini belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi lemah penguasaan bahasa Inggeris. Bukan kerja saya untuk membetulkan bahasa Inggeris mereka!
Ini mengingatkan kepada sitcom 'Mumbai Calling' dimana bahasa Inggeris ala Hinglish digunakan untuk sebuah pusat panggilan pelanggan...sila nonton dibawah.

4 comments:

sharidah said...

Di Malaysia pun begitu. Saya dapati para2 graduan hadapi masalah begitu. Saya terpaksa edit report2 mereka juga sebelum saya luluskan report mereka.

Pentilium5 said...

LOL, basically you are their bush lawyers, vetting documents that matters to them!! Yes, matsalleh has a wierd point of view, a means a, and b means b, not like asian we can have shades of meaning and often what we write does not equate to their literal meaning.

miszlullaby said...

Salam..hurm,masalah juge rupenye ye. Ingatkan bile dah keje berpangkat mcm tu dorg dah takde masalah dlm menguasai english. Nak tumpang tanye,macam mane nak apply kerja di Dubai ye?Adekah mereka hanya hire org yang berpengalaman?

Rosmila Abdul Aziz said...

Macam mna nak apply kerja di dubai. Jika tidak tahu bahasa arab dan cuma boleh broken english.pemgalaman biasa2 je