Monday, December 15, 2008

Vila #55 Al Twar 3


Maka Tuan rumah atau landlord telah menghantar surat notis non-renewal kepada kami. Sesuatu yang diduga kerana harga sewa yang jauh terlalu rendah berbanding harga pasaran semasa. Untuk vila tiga bilik di kawasan yang sama, sewa bermula dari RM250,000 setahun.
Vila #55 yang kami sewa ada 4 bilik, 1 bilik diluar dan satu bilik utiliti juga di luar dengan 5 buah tandas tentunya melebihi dari harga sewa tersebut. Lokasi cukup bagus, dekat dengan semua kemudahan termasuk Dubai Airport hanya 10 minit sahaja.
Harga sewa vila kami masih dibawah RM100,000 setahun!

Landlord tidak boleh menaikkan melebihi peratusan tertentu selagi kami menyewa kecuali kalau kami keluar. Penyewa baru akan membayar harga pasaran yang tentunya menguntungkan landlord, seorang Arab Bedouin.

Kami membalas notis landlord dengan nasihat Kak Lisha, warga Singapura yang bekerja dalam bidang hartanah.


I have sought advise from the Real Estate Regulatory Agency (Dubai) and the Rent
Committee at Dubai Municipality and have been advised of the following:
a) The Landlord is obliged to renew the tenancy on the above premises in accordance with the law of Dubai.
b) Should the Landlord require the Premises for himself or his next of kin, he would have to give me ninety (90) days notice prior to the expiry of the tenancy which expires on 14th January 2008. Your letter dated 25th November does not comply with the required notice period nor does it state that the landlord requires the property for his own occupation. The Landlord or his next of kin will have to physically occupy the premises for a period of 12 months. Should the landlord fail to do this, the Municipality will impose a hefty penalty on the Landlord and the landlord will be barred from renting out his property for a period of year.
Sebenarnya vila yang kami dihuni sejak tahun 2003 itu seakan rumah pertama dan menyimpan banyak memori. Sentiasa dikunjungi kawan-kawan untuk majlis mahupun sekadar makan-makan (BBQ) dsbnya. Kawasan laman yang seluas setengah ekar (tetapi belakang rumah padang pasir...) memang agak luas.

Ramai juga pemimpin negara dan ahli politik, tokoh korporat, ahli akademik, selebriti negara yang menjadi tetamu. Anwar Ibrahim misalnya dua kali menjejakkan kaki. Begitu juga Husam, Khalid Ibrahim, Mat Sabu, Dr. Hatta, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Syed Azman, Zunar, Zulkifli Noordin, ustaz Saifulislam, aruah Adlan Benan ......ramai lain termasuk, hmmm, Ibrahim Ali dan Mat Ezam.

Juga para tokoh korporat, CEO, Naib canselor dan penyanyi, termasuk Azmil Mustapha yang sudah jadi pendakwah. Tidak lupa keluarga dan kawan-kawan dari Malaysia.

Kalau berpindah pun sama ada di apartmen yang lebih kecil sehingga Jun atau terus berpindah dari UAE......satu pilihan yang sedang dipertimbangkan dengan situasi ekonomi di Dubai ketika ini. Kalau ada rezeki....