Tuesday, December 02, 2008

Luxor Dalam Sehari


Tiba malam semalam di Luxor dari Sharjah. Di airport, agak lama juga beratur dengan orang-orang Mesir yang sentiasa jump queue. Nasib baik, pihak berkuasa agak tegas memberi laluan pada pelancung (yang membawa wang tentunya...)

Pagi-pagi sebaik sarapan kami terus ke Luxor Temple yag kebetulan dalam 10 meter dari hotel.

Selepas setengah jam melihat kesan peradaban kuno di Luxor temple, kami menyeberangi Sungai Nil untuk ke Valley of the Kings dan Temple of Hatshepsut.

Begitu ramai pelancung memenuhi semua tempat tarikan. Dengan tiket masuk yang tinggi, pastinya kerajaan Mesir mengaut keuntungan dari mereka yang kini menjadi sejarah.

Di Lembah Raja-Raja sempat masuk ke dua tombs. Satu tomb terpaksa naik tangga dan turun ke bawah. Hebat sekali peradaban kuno Mesir dan sedih melihat generasi Mesir hari ini yang nampaknya tidak lagi sehebat nenek moyang ribuan tahun dahulu.

Kami kemudian bersiar di kampung-kampung sekitar Luxor dan melihat Mesir dari dekat. Daif sekali kehidupan dan memberi banyak pengalaman kepada anak-anak.
Malam ini mahu ke Karnak Temple untuk pertunjukan bunyi dan cahaya.
Esok mahu ke aswan sebelum bertolak ke Kahirah. Anak-anak tidak sabar mahu melihat mummy dan piramid.