Wednesday, November 19, 2008

13 Lorong, tetapi kelajuan 100km sejam



Sejak had laju diturunkan ke 100km sejam, setiap hari pergi balik kerja melalui Al Khail road ke Business Bay Crossing, terasa begitu lambat. Jalan luas, dari empat ke tujuh lorong sehala tetapi walau kereta berkuasa tinggi, terasa macam kura-kura.
Kancil sama taraf kelajuan maksima dengan Lamborghini!

Apalagi dengan kamera radar diletakkan dalam jarak sekadar 200-300 meter sepanjang jalan. Kamera canggih tidak tidak memberi 'flash' kalau menangkap gambar dan puluhan ribu sudah terkena 'candid camera'!
Bertambah merangkak rasanya sambil memastikan kamera tidak mengambil gambar.


Memandu malam atau awal pagi menyeberang Business Bay Crossing bridge memang cukup indah. Lebih meneronokkan memandu perlahan melihat kilau neon-neon dari Al Khail road menghala ke pencakar langit termasuk Burj Dubai.