Thursday, October 23, 2008

Learn from the Bill Gates of Ghana

Brash, ambitious, and optimistic, Herman Chinery-Hesse has already accomplished what many considered impossible -- building a thriving tech business in his native Ghana. His new goal: to spark an entrepreneurial revolution in Africa by bringing e-commerce to the most remote corners of the continent.
Continue HERE

Catatan Mengenai TASIK UTARA- PLENTONG 1974

Tulisan Hishamudin Rais membawa sedikit kenangan.

TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008

PUTAR KEBELAKANG - Pada September 1974 lebih kurang satu bulan sesudah Barisan Nasional mendapat kemenangan besar maka Kampung Barisan Nasional di Tasik Utara pun diruntuhkan. Ini berlaku dalam bulan puasa. Ramai di tangkap. Para peneroka bandar ( ketika itu hanya dipanggil setinggan dan penduduk rumah haram ), mahasiswa dari Universiti Malaya dan University Singapura telah juga di tangkap. Saya di tahan remand satu minggu. Berpuasa di penjara Air Molek.



Saya menulis sebuah cerpen '30++' baca di sini berkaitan tragedi yang sama dengan meletakkan Hisham Rais sebagai idola perjuangan mahasiswa. Ada bertemu Hisham beberapa kali sewaktu melaungkan anti-kerajaan dan anti-Mahathir.

Cerpen ini ditulis ketika reformasi sedang hangat dan saya bersama-sama ke jalanraya memprotes dan kemudian berhijrah ke Teluk (Saudi dan UAE).

Cerpen yang tersiar dalam suaraAnum itu bersama interviu oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, editor ketika itu dan kini YB Pakatan Rakyat di Selangor.

Arkib interviu di SINI

Memperkenalkan Bos Besar Palm Jebel Ali


Pada tahun 2003, seorang orang besar dari Dubai Port diserapkan dalam Nakheel, yang ketika itu masih lagi baru.

Namanya Marwan dan dia dilantik sebagai Pengarah Pembelian dan Kontrak. Orangnya masih muda.

Pertama kali saya bertemu dia, adalah sewaktu meminta persetujuan untuk membeli secara terus kebel telekomunikasi untuk projek Palm Jumeirah. Bermakna bukan secara tender.

Saya telah membuat kajian selama tiga bulan dengan membandingkan harga pasaran ketika itu dan membuat rundingan terus dengan sebuah syarikat antarabangsa yang kebetulan, membuat rundingan terus dengan bekas majikan saya, Dubai Internet City.

Syarikat kebel itu memberi potongan harga 80% dari harga pasaran.

Oleh kerana nilai pembelian yang tinggi, selain untuk Palm Jumeirah, juga untuk lain-lain projek Nakheel, saya mengambil keputusan untuk membuat pembelian terus. Ini memendekkan masa dan mengurangkan politiking dalam rundingan. Lebih penting, kami membeli melalui Dubai Internet City. Lagipun saya tidak mahu membuat pelbagai tender dan membuang masa dengan mat-mat pemasaran yang akan menelefon dan mengajak keluar.

Setelah menanti Marwan tidak sibuk dengan pelbagai mesyuarat, saya terus masuk ke dalam pejabatnya dengam memberi salam.
Sebaik saya masuk dan melihat wajah saya, Marwan bertanya, "Mohamed, kamu ini dari Malaysia kah?"

Saya dengan bangga berkata, "Ya, rakyat Malaysia!"

Marwan berkata lagi, "Jarang bertemu dengan orang Malaysia di UAE. Saya sukakan orang Malaysia. Muslim yang baik!"

Terharu mendengar kata-kata Marwan.

Setelah membaca lapuran saya, Marwan bertanya, "Bolehkah saya percaya kepada kamu?"

Saya menjawab, "Sudah pasti, lapuran ini memberikan kajian terperinci dan diaudit oleh pihak kontrak, dan kita sama memberi sedikit bisnes kepada Dubai Internet City, yang juga kepunyaan kerajaan Dubai. Tiada hanky-panky!"

Marwan memandang kepada saya dengan tersenyum.

Dia terus menandatangani lapuran itu. Saya bukan sahaja menjimatkan 80% wang syarikat, malah menjimatkan masa dari membuat tender.

Tahun 2006, beliau dilantik menjadi Pengarah Urusan Palm Jebel Ali, dan dia membawa saya bersama ke pengurusan projek. Alhamdulillah.

Marwan adalah kawan baik Syed Mukhtar Al Bukhary dan sering ke Malaysia untuk melihat projek peribadi mereka, sebuah universiti di Kedah.

Stesen TV Dubai One Memerlukan Tenaga Profesional

Dubai One Channel sedang mencari tenaga-tenaga profesional untuk memantapkan stesen TV Dubai yang hebat ini.

  • Studio/ Field Director
  • Content Researcher
  • Production Manager
  • TV Presenter
  • Copy Editor
  • Writer
  • Assistant director
  • Producer
  • Writer /reporter
  • Interview producer

Mesti ada 3-5 tahun pengalaman berkaitan dalam media.
Hantar CV (English please) ke dubaioneadmin@dubaione.ae SEGERA

Fancy a snake massage?


Meirav Stardinner receives a snake massage from Ada Barak at Barak's snake spa in Talmei Elazar, Israel. Barack's income comes mostly from exhibiting her plants which eat everything from insects to small mammals. She discovered snakes' therapeutic value after letting people hold them. (Getty Images)