
Ada baik dan buruknya kalau muzakarah ini membawa PAS kembali ke dalam BN dan menjadi 'pelengkap' segala ketuanan.
Biarlah selepas ini pengundi bukan Melayu/Islam malah yang Melayu/Islam yang bencikan kezaliman UMNO tidak akan percaya lagi kepada PAS, asalkan ketuanan UMNO terus bertahan dulu, kini dan selamanya. Lebih dari itu, pemimpin UMNO yang korup, penjenayah dan anti-Islam akan terus suci dan bersih tanpa dihadapkan ke pengadilan.
Pimpinan PAS yang akan bermuzakarah, sila buat permintaan berikut:-
1. Kerajaan UMNO/BN meminta maaf dengan kes MEMALI dan membayar gantirugi (seperti kes hakim-hakim yang dipecat) kepada semua mangsa (termasuk keluarga)
2. ISA akan dihapuskan dan kerajaan UMNO/BN akan meminta maaf pada mangsa serta keluarga ISA termasuk membayar gantirugi sepenuhnya
3. Islam Hadhari di haramkan serta-merta
4. UMNO menerima Amanat Haji Hadi sebagai halal
5. Semua akta drakonian lain seperti AUKU, OSA dsbnya dihapuskan serta merta
6. Kebebasan media sepenuhnya
7. Mahathir, Musa Hasan dan Gani Patail serta mereka lain yang menjadi barua dihadapkan ke mahkamah
8. Kes ECM-Libra dan semua urusan berkaitan menantu Pak Lah dibongkar semula
9. Kes Altantuya dibuka semula dengan siasatan lebih komprehensif
10. Kes sodomi pertama dan kedua Anwar Ibrahim di buka semula dengan lebih adil melalui shariah
11. Harga petrol diturunkan mengikut formula Anwar Ibrahim sebaik PAS masuk BN
12. Pengajaran subjek Sains dan Matematik kembali dalam Bahasa Melayu
13. Kesemua kereta rasmi ditukar kepada Mercedes kerana lebih menjimatkan..he he he
serta lain-lain.....malas mahu memikirkan....sebab muzakarah pun sudah mahu masuk sesi ke empat.
AMANAT HAJI HADI.....
Saudara-Saudara Sekelian Percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan Penjajah, mengekalkan Undang-Undang Kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah Saudara-Saudara Sekelian,
Perjuangan kita adalah Jihad, ucapan kita adalah jihad, Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (Menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid.
Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'Politik Suku, Agama Suku'.



