Monday, July 21, 2008

Dari Sri Pentas ke Jalan Liku

Hari ini sempat singgah di Sri Pentas, pejabat lama yang nampaknya semakin berseri dengan penambahan keluarga, yakni TV9, NTV7 dan 8TV serta stesen radio.

Gembira juga dapat bertemu kawan-kawan lama di kantin. Mereka kelihatan semakin berbahagia dibawah naungan Media Prima Bhd. Terimakasih pada orang kuat TV9, sdr Lokman.

Tidak sangka ramai juga yang masih ingat setelah hampir sedekad meninggalkan Sri Pentas.
Memang banyak nostalgia di Sri Pentas yang pernah mengembangkan karier dan mempertajamkan minda dalam penulisan kreatif. Di situ saya memenangi enam hadiah sastera!

Ketiga-tiga anak saya juga dilahirkan sewaktu bekerja di TV3.

Sempat juga menjenguk pejabat lama serta jabatan yang pernah menjadi ruang permainan. Perubahan nampak ketara dengan wajah-wajah baru.

Kemudian sejenak makan tengahari, nasi beringin di Jalan Liku. Yang pernah menjadi lokasi TV3 sebelum berpindah ke Sri Pentas. Begitu masa telah cepat berlalu. Saya juga pernah sekejap di Balai Berita NST. Cuma, tiada kawan lama, sekadar kawan-kawan baru.

Walau apapun mengenai TV3, terima kasih kerana pernah memberi ruang untuk mencari rezeki dan mengembangkan bakat kreatif.

Semuga kawan-kawan di situ akan terus diberkati limpahan rezeki adanya. Dan selepas ini, ada hubungan yang lebih baik sebagai jambatan komuniti Malaysia di Teluk.

Terimakasih!