Wednesday, June 25, 2008

Di Persimpangan Usia


sehangat siang meratah emosi
mengimbau usang perjalanan hari
telah hangus rentetan mimpi
sebagai abu di pelantar realiti
bersama musim yang terkurung
dalam kelam istana terapung
masih gagah semangat mengharung
lorong-lorong sepi ke kampung
langkah yang terhenti
di persimpangan akal mencari
arah kembara dalam diri
di sini bukan destinasi
di sana bukan destini
menafsir kabus seribu ilusi
menterjemah kabut suasana
dibalikan serakan fatamorgana

malam jua merangkai memori
kesamaran merantai persepsi
masih hati mahu berlari
biar jasad kelenguhan kaki
jatuh bangun sebagai kebiasaan
jangan pandang ke belakang
kerana sisa kehidupan di depan
segalanya serba memungkinkan!

Fudzail
Dubai 25 Jun 2008