Saturday, May 10, 2008

Sajak Dari Pesisiran Ajman



(Berita Minggu Ahad 18 Mei 2008)

Laut itu masih membiru
bersilang hijau yang memburu
perjalanan berselaput cemburu
pada kedamaian suatu waktu
pinggiran ombak laut cina selatan
gelombang jernih kehidupan
turun naik dalam angan-angan
merentas seberang ke masa depan

Laut itu masih berbau hanyir
bersama panas keringat mengalir
nelayan yang tidak berputus asa
menghambat ruang sepenuh tenaga
dalam putaran hayat sejengkal
setiap langkah menghimpun cekal
sebagai inspirasi anak kecil ini
bertatih jatuh untuk jauh berlari

Laut itu adalah manis wajah kami
perantau global yang terus mencari
saujana jejak-jejak limpahan rezeki
selagi masih berdaya diri dan hati
kerana masa depan berpindah kini
ruang buat anak-anak melebari
perjuangan yang telah bermula
dari kampung nun jauh di sana!

Fudzail
Ajman Fish Market
10 May 2008

Syed Hamid Tuduh Raja Petra BERLAKON!

'Jangan berlakonlah'... kata Menteri Dalam Negeri pada Raja Petra
May 10, 2008 : 01.29 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dikenali sebagai orang yang serius dan jarang bermain kata-kata bila diminta mengulas sesuatu hal serius oleh para wartawan. Kalau nak tau ini adalah antara reaksi spontan Menteri Dalam Negeri itu kepada Agendadaily ketika ditemui untuk mengulas dakwaan pengendali laman Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin dia membayar wang ikat jamin untuk keluar penjara Sungai Buloh kerana merasa keselamatanya terancam jika tinggal terus di situ sementara tunggu perbicaraan kesnya pada 6 Oktober ini.
“Jangan berlakonlah…” katanya. Menteri itu berkata bahawa Raja Petra suka membuat dakwaan-dakwaan liar tetapi kemudiannya tidak tampil dengan bukti-bukti. “Saya fikir itu semua kenyataan liar…(kita) ada peraturan dan prosedur…ramai orang yang dah masuk penjara dan keluar …sebab itu dia keluar sihat saja,”ujarnya.
Syed Hamid yang ditemui lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC lewat petang Jumaat menegaskan jika Raja Petra hendak mempertahankan dakwaanya dia hendaklah membuat laporan polis mengenainya.
Raja Petra yang keluar dari penjara jam 9.30 pagi ini setelah membayar wang ikat jamin RM5,000 mendakwa dia diberitahu oleh para pengawal penjara Sungai Buloh mereka dengar dua anggota polis Unit Tindakan Khas yang sedang dibicarakan atas kes Altantuya iaitu Sirul Azhar Umar dan Hazilah Hadri yang ditahan di penjara sama telah memekik sesuatu akan berlaku keatas dirinya. Dia juga mendakwa para pengawal penjara menyuruhnya cepat keluar kerana mereka tidak boleh tidor kerana terpaksa jaga keselamatannya.
“Tak adalah…itu semua tak betul…dia selalu buat tuduhan yang melulu…yang liar... tapi dia tidak tampil dengan apa-apa bukti...kalau betul begitu dia boleh buat laporan kepada polis dan kita boleh siasat.
“Ini memang lakonan untuk meraih simpati...lakonan yang sentiasa dimainkan,”katanya. Menurut Syed Hamid keselamatan tahanan reman sentiasa terjamin termasuk soal rawatan perubatan. “Kalau dia nak doktor…kita panggil doktor…tak ada masalah….jangan berlakonlah,” ujarnya.

Dari Agendadaily