Tuesday, April 22, 2008

Langkah Pertama Professional Malaysia di Dubai

Sabtu lepas (19 April 2008) telah berlangsung pertemuan pertama profesional Malaysia di UAE di bawah payung myUAE PRO. Seramai 70 orang yang hadir termasuk Konsul Besar.

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Konsulat dan Matrade Dubai.

Gambar boleh di capai di sini, sini, sini. Baca lapuran dan berita.

Dengan bertambahnya warga profesional Malaysia di UAE (dikatakan melebihi 4 ribu) yang datang untuk mencari rezeki disamping menambahkan pengalaman dalam merebut peluang kerjaya yang melimpah, sememangnya myUAE PRO amat diperlukan.

Ramai yang baru tiba dan memerlukan bantuan dari orang-orang lama yang kebanyakan memang meneruskan budaya bantu-membantu. Memang bila jauh diperantauan, permuafakatan sesama rakyat Malaysia lebih terasa dan mesra.

Jalinan muhibah yang tidak superfisial kerana warga Malaysia adalah minoriti dalam lautan warga ekspatriat yang memenuhi UAE. Hanya 20 peratus adalah bumiputera UAE yaitu Emirati. Cabaran dalam keadaan sebegini menjadikan kekuatan brand 'Malaysia' terserlah.

myUAE PRO bersifat non-political dan NGO dengan prioriti utama menjadi wadah untuk warga profesional Malaysia bergerak sebagai satu persatuan sosial. Ianya bermula dari yahoogroup Malaysian-UAE yang saya peloporkan dan menjadi 'persatuan siber' komuniti Malaysia di UAE yang tidak rasmi sejak tahun 2000.

Kemudian bersama lima lagi warga profesional, Hasnol, Affandy, Ariffin, Nik FakhrulAnwar dan Khairul Affandy, menganjurkan beberapa aktiviti termasuk myUAE Times.

Pada AJK 2008/9 myUAE PRO, selamat menjalankan tugas yang diamanahkan!

Peluang Kerjaya di UAE

Saya telah menyelenggara Kerja Dubai blog sejak setahun lalu.

Ini untuk menghebahkan apa-apa jawatan kosong yang ada disiarkan di mana-mana.

Terbaru iklan dari du, telco kedua UAE.

du (UAE Second Telco) IS CALLING YOU
Billing Testing Specialist
Content Management Specialist
Senior Contact Centre Manager
Electro-Mechanical Engineer
Radio Planning Manager
TRAINING ACCOUNT MANAGER (CUSTOMER SERVICE)
Personal Assistant
Traffic Routing Manager
Manager - International Voice
HR Specialist (Payroll & Admin)
Business Center Manager
Call Centre Supervisor
Systems Support Analyst
Billing Operations Assistant
Billing Support Manager
: Manager Professional Services (Client ICT Strategy)
Contact Centre Manager - Front Office
Quality Assurance Manager
Senior Account Manager

dan banyak lagi di Kerja Dubai

Dubai - Hujan Emas Dan Hujan Batu



Seorang sahabat Emirati yang bertugas sebagai pegawai protokol di pejabat bertanya mengenai cuti di Malaysia. Sahabat ini adalah salah seorang teman sepermainan Putera Mahkota Dubai dan beliau nampak serius mengenai percutian di Malaysia.
Saya sudah menjadi 'pegawai promosi' pelancungan Malaysia sejak awal 2000. Walau apapun perspektif politik, kebanggaan terhadap negara sendiri tidak pudar.
Sahabat ini sudah menjelajah dunia tetapi masih belum ke Malaysia dan tahun ini beliau akan mendarat di KLIA bersama ratusan ribu pelancung Arab lain.
Menjelang musim panas, boleh dikatakan semua, sama ada Emirati atau ekspatriat sudah atau mula merancang untuk bercuti. Dengan suhu yang semakin naik dan humiditi yang tinggi, majoriti ekspatriat tentunya mahu pulang bercuti di tanahair masing-masing, manakala Emirati dan sebahagian ekspatriat lain mahu makan angin.

Lapangan Terbang Dubai yang sentiasa sesak akan lebih sesak sepanjang musim panas. Dubai juga bijak dalam memastikan bilik-bilik hotel tidak kosong dengan menganjurkan Dubai Summer Surprises yang menyaksikan musim panas di gurun lebih meriah. Berpusu-pusu pelancung datang ke Dubai walau suhu boleh mencecah 50 darjah.
Sememangnya Malaysia adalah destinasi popular untuk warga Arab dan ekspatriat di Timur Tengah. Semakin banyak penerbangan untuk menampung permintaan dan tentunya harga tiket juga tidak semurah dahulu, seperti juga pelbagai harga barangan dan sewa rumah yang melambung.
Dengan inflasi dan penurunan nilai USD dimana Dirham ditambatkan kepada USD, cabaran besar buat ekspatriat yang datang kerana wang. Tetapi dari bancian terbaru, 42% ekspatriat mengatakan mereka tidak dapat menyimpan apa-apa dalam keadaan sekarang. Semuanya pendapatan dibelanjakan untuk menampung kehidupan.

Lebih memeranjatkan:-
  • 17% dari ekspatriat menanggung hutang
  • 28% menghantar keluarga pulang (3 kali tinggi dafri 2006)
  • 45% berpindah rumah kerana sewa yang meningkat (kenaikan 14% berbanding 2006)

Begitupun kebanyakan berpendapat yang pekerjaan mereka masih terjamin. 16 peratus Arab ekspatriat menjangka akan meninggalkan UAE dalam 5 hingga 6 tahun lagi, manakala 14 ekspatriat Asia (bermaksud India/Pakistan) mahu menetap dalam 3 hingga 4 tahun. Ekspatriat Barat pula hanya mahu menetap tidak lebih dari 3 tahun.
Bagaimana dengan ekspatriat Malaysia?
Bagi saya pula sedang berkira-kira untuk 'take a break' dari Dubai dengan berhijrah ke Eropah atau Canada. Kalau ada rezeki hujung tahun.
Kalau tidak, setahun lagi di Dubai mengumpulkan dana pencen!