Sunday, April 20, 2008

Antara Blog 2 Mantan MB Selangor

Tan Sri dan Datuk Sri yang keduanya mantan MB Selangor sudah melangkah ke alam blogging.

Satu perkembangan menarik kerana perbedaan usia dan status masa kini. Tan Sri kembali ke persada politik melalui tiket senator dan menjadi menteri pusat serta ketua penerangan parti terbesar melayu.

Tan Sri Mat Tyson ini pernah didakwa di Brisbane kerana membawa duit berjuta dalam guni dan mengaku di mahkamah tidak boleh berbahasa Inggeris. Juga melarikan puteri raja untuk dinikahkan di Golok.

Kalau dari segi melihat tarikh lupus, sepatutnya beliau sudah pencen sahaja dari politik. Tetapi Pak Lah memerlukan khidmat beliau untuk mencepatkan kepupusan parti yang didokong. Maka Tan Sri sanggup bermatian mempertahankan Pak Lah.

Manakala Datuk Seri yang meluluskan projek ternak babi besar-besaran kemudian menafikannya kini menjadi ketua pembangkang di DUN Selangor. Selain mahu kembali menjadi doktor gigi dan orang biasa. Nampak awet muda dengan khasiat tempe.

Datuk Seri ini kini lantang menempelak Pak Lah dan mahukan peralihan kuasa di segerakan di peringkat pimpinan tinggi. Suara protes sebegini sudah semakin kerap dan bengit di dengar di mana-mana, Datuk Seri mungkin mengikut arus untuk survival.

Begitulah nasib manusia. Yang penting mereka sudah sama berblog setelah tsunami pilihanraya menenggelamkan parti mereka di Selangor.

Mungkin kita dapat mengenal mereka secara lebih dekat melalui blog masing-masing. Tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal blog makan jatuh cinta....

(Harap Tan Seri tidaklah 'outsourced' kan blog sebab ada tersebut 'beliau' bukan 'saya'! Opps, sudah dibetulkan...tetapi Tan Sri ada banyak masakah untuk menjawab komen?)

Dr M Terbang jumpa Fidel Castro

Dr. M transit di Manchester

Seorang rakan black 14 merakamkan pertemuan dengan Dr. M sewaktu transit (ambil minyak) di Manchester dalam perjalanan ke Cuba, untuk jumpa Fidel Castro.
Baca di sini.
Sementara itu Huzair Sulaiman menulis di STAR mengenai 'Mahathir Years'.
Kali pertama saya bertemu Dr. M apabila dia membuat lawatan rasmi ke New Zealand dalam tahun 1984. Kemudian dia merasmikan bangunan operasi Sri Pentas TV3.
Tahun 2002, beliau mengadakan lawatan rasmi ke Dubai Internet City (DIC) dan saya menjadi pengendali lawatan bagi pihak DIC. Tetapi saya enggan bertemu dengan beliau kerana masih marah membara dengan apa yang dilakukannya semasa era reformasi.
Ketika ini dalam usia yang semakin tersisa, Dr. M menjadi pengkritik no. 1 Pak Lah dan masih tidak mahu melihat Anwar sebagai PM.
Mungkin pertemuan Dr. M dengan Fidel Castro antara yang terakhir buat dua diktator, tidak pasti siapa yang akan dahulu meninggalkan dunia fana (termasuk kita...). Yang pasti, sama ada anda benci atau suka pada keduanya, mereka sudah menjadi lagenda.
Bagaimana dengan Mugabe, Dr. M? Tidak mahu melawat kawan baik yang juga dalam keadaan nazak usia politiknya?