Tuesday, April 15, 2008

Anwar Ibrahim in Abu Dhabi Today - 15 April 08


After Black 14 event in Kg. Baru, we were informed that Anwar flew to Abu Dhabi. About 120km away from my office in Palm Jebel Ali. Last time he was here a few days before election announcement by Pak Lah.

Like his previous visits, some of us, hard core Pakatan rakyat supporters who dare to show our faces under surveillance, would like to meet him, even at the airport. It would be nice to greet the PM-in-waiting, but as per his message to a friend here,

Anwar Ibrahim wrote:
Maaf pak, harus terus pulang.
Selesai mesy ada wawancara panjang dgn alarabia

Anwar Ibrahim wrote: Maaf. 8 jam di abu dhabi dan pulang. Sila beritahu teman-teman. Wassalamualaikum
Anwar


Some corporate top guns that I know were also eager to meet up with Anwar, well, have to tune to Al Arabia channel now!

My former big boss here is one of Anwar's big fans. In one of board meetings, upon seeing me walking and passing the meeting room, suddenly he just stopped me and asked in front of the other bewildered board members, "How soon will Anwar be released from prison?"

When Anwar was sentenced to imprisonment, he called me early in the morning (we are 4 hours behind Malaysia) to inform how he was really upset and would not turn up to the office.

When Mahathir was to visit our office, this big boss already left the company but when I informed him about the pending visit as I was given the task by the new big boss to be the person-in-charge, he told me "Ask that bugger not to come, he is not WELCOME here!"

I managed to get him to see Anwar last year and how happy he was (now he is in-charge of USD billions local funds...:) to see 'brother Anwar'.


Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.
"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.
Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.
"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.
"Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah."
Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang.
"Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. "
Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).
Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."
Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung.
"Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'
Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. "Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.
"Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.
Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.
"Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.