Thursday, March 27, 2008

Laman Warkah Untuk PM Sekadar Bersawang?


Sudahkah anda melawat Warkah Untuk PM?
Laman web ini dilancarkan oleh Najib pada 1 Mac lalu.
Tertulis di muka pertama laman web.
Please provide valid e-mail address and phone number
so as not to miss your opportunity to get response from PM
Dengan kekalahan besar BN dalam pilihanraya kali ini, mungkin PM tidak perlu lagi membaca mesej-mesej yang dihantar. Mesej dari pengundi sudah cukup kuat untuk PM mengundur diri dan pencen.
Laman web yang dibangunkan untuk kempen pilihanraya ini mungkin sekadar bersawang.
Kali terakhir berita mengenai laman web ini, setelah tiga hari sebanyak 2,229 mesej diterima. Sesudah sebulan, tiada statistik terbaru dan tiada disiarkan mesej-mesej di laman web tersebut untuk tatapan. Mungkin terlalu banyak mesej mengutuk dari yang lain.
Saya turut menghantar mesej, "Bila mahu berundur?"
Masih belum mendapat jawaban
Warkah Untuk PM Terima Sambutan Menggalakkan Orang Ramai

PUTRAJAYA,
5 Mac (Bernama) -- Laman web khas -www.warkahuntukpm.com.my- untuk Perdana Menteri meneliti sendiri pendapat umum telah menerima sambutan menggalakkan dengan sejumlah 2,229 mesej diterima dalam tempoh tiga hari sejak ia dilancarkan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata sejak dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas, maklum balas itu memberi petunjuk orang ramai yang begitu berminat dan bersemangat, yang antara lain ingin turut sama memperbaiki pengurusan sistem penyampaian awam, jika tidak pun perkhidmatan awam itu sendiri.
"Sebahagian daripada mesej-mesej ini tidak dinafikan mengingatkan kepada aduan-aduan orang ramai sebelum ini, yang intipatinya mahu supaya ia ditangani dan memerlukan perhatian kami untuk mengusahakan pembaikan dan melakukan lebih banyak pembaikan."
"Bagaimanapun, terdapat juga yang mengemukakan pandangan berwawasan dan cadangan-cadangan, yang kami sambut baik kerana ia boleh diusahakan dan baik untuk dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar untuk memberikan nasihat mengenai langkah-langkah yang perlu diambil perkhidmatan awam di sini hari ini.
Beliau berkata 76.93 peratus daripada mesej-mesej yang diterima adalah positif, 12.43 peratus negatif dan 227 mesej adalah berkecuali dengan mesej-mesej diterima daripada warga emas, kakitangan kerajaan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan syarikat-syarikat.
Mohd Sidek berkata isu pendidikan mencatatkan senarai paling tinggi dengan 242 mesej dan isu-isu berkaitan jenayah, kenaikan harga, Imeigresen dan pendidikan akan ditangani segera.
"Tindakan susulan dan pelaksanaan adalah sangat penting, ini merupakan niat kerajaan untuk memastikan semua mesej yang kami terima akan diambil tindakan susulan. Perkara ini (mesej-mesej) akan diberikan kepada Perdana Menteri, sekurang-kurangnya bahagian ringkasan, dan beliau akan menentukan isu-isu yang akan ditanganinya sendiri terutamanya isu-isu besar yang menjadi isu dasar," katanya.

Strategi BN Untuk Menakluki Kembali Selangor

Terbaca satu posting di sebuah blog sahabat yang juga wartawan dari stesen penyiaran perdana, serta ahli UMNO yang aktif di peringkat cawangan di Selangor dan adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengenai perkara di atas.

Selain itu seorang lagi exco DAP, Ronnie Liu yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan mahu PBT di bandar-bandar seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya,
(MPSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diterajui kalangan masyarakat Cina.

Pentadbiran PBT itu juga dikatakan secara perlahan-lahan akan menghapuskan fungsi Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) dan Jawatakan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) yang dianggotai pemimpin politik akar umbi BN. Jawatankuasa baru kemungkinan akan dilantik dikalangan pemimpin PKR, DAP dan PAS.

Namun bagi jentera BN, semua jawatankuasa lama itu masih dikekalkan secara tersembunyi dan akan diserap di bawah kementerian yang diterajui menteri kabinet dari Selangor.

Anggota JKP akan diserap di bawah agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala JKKK akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Dan bagi melaksanakan misi menawan semula Selangor, satu-satunya calon BN yang memenangi kerusi DUN di kawasan bandar yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang, dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah Kementerian Kerja Raya.


Seperti yang di maklumi, bekas MB Selangor yang pernah di tahan dan dihukum kerana membawa duit tunai dalam guni berjuta ringgit di Australia selain kahwin lari di Siam dengan anak Sultan Selangor kemudian berbohong mengenainya, kini kembali menjadi pengerusi BN Selangor dan dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.
Saya berjiran dengan Mat Tyson ini di Kelana Jaya, sewaktu dia jatuh tergolek dari kerusi MB, selalu juga saya berjoging dengan dia pagi-pagi (kebetulan satu jalan) lepas subuh di Taman Tasik Kelana Jaya. Ada juga berbual-bual sambil berjoging. (Masa itu juga dia baru berkahwin seorang lagi...)
Selalu juga dia kelihatan datang baca yasin di masjid dekat rumah, tetapi ramai tidak peduli pun. Masa itu kadang sekali berjemaah denggan aruah Mokhtar peguam negara, aruah suami Ziela Jalil, selain KJ (Dato' Kamarudin Jaafar, bukan menantu kesayangan PM) dan beberapa menteri yang tinggal di kawasan sama, antaranya yang bernama Shafie Apdal.
Sebelum itu saya dipaksa menjadi ahli UMNO cawangan di situ kerana untuk mendapatkan dana masjid tersebut (masa itu surau) dari kerajaan negeri, syarat ialah sekurang-kurangnya ada 300 ahli baru. Lantas tanpa berfikir panjang, tandatangan sahaja borang yang disediakan. Tidak pasti masih ada nama dalam senarai ahli UMNO.

Dengan strategi BN untuk menakluki Selangor sudah terbuka di bawah Mat Tyson, nampaknya lebih mudah untuk BR mengekalkan kuasa.

Bagaimana pula dengan pengurusan masjid-masjid? Sultan Selangor ada memberi amaran mengenai hanya mereka yang baginda tauliahkan sahaja dibenarkan berceramah. Apakah mereka yang pernah diharamkan berceramah oleh anak Toyo boleh kembali mencerahkan minda para ahli kariah masjid?

Melihat keadaan semasa terutama kemelut politik tanahair, bukan sahaja zaman Mat Tyson yang sudah beruban sepenuhnya sudah berlalu dan ketinggalan, UMNO dan BN juga sedang melalui zaman kejatuhan.

Tiadakah pemimpin baru yang lebih BERSIH dan profesional dikalangan ahli UMNO yang masih mahu jadi pemimpin? Nampak kehebatan MB baru Perak, berbanding Mat Tyson atau anak Toyo.

Begitupun, ini adalah masa untuk bekerja bagi kerajaan baru Selangor.

Star membuat interviu dengan MB baru di sini.