mereka telah bangkit
kembali dari kubur pertapaan
bagai menyambut hari raya
berbondong-bondong
pelbagai identiti dan nama
berantaikan dacing usang
menuju setiap destinasi terpilih
bersama tuan-tuan mengawal
dan sama-sama meracau
atas nama demokrasi
lihat, mereka berkeliaran
tanpa kelihatan
membawa undi keramat
mandat sebagai madat
kuasa sebagai berhala
itulah kemenangan perjuangan
dulu, kini dan selamanya
temberang demi temberang
ketuanan songsang
hantu-hantu itu
adalah rakyat tanpa wajah
yang menentukan kepimpinan
tuan-tuan yang sasau
barisan hantu-hantu besar
jerangkung
kerajaan hadhari!
Fudzail
Dubai 6 Mac 2008


