Thursday, February 21, 2008

Jangan Lupa Petugas Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang


Dalam suasana yang meriah, ada unsur drama, suspen dan thriller, kita pastinya akan menyaksikan para calun terpilih dengan segak bergaya di hari penamaan calun di seluruh negara. Wajah-wajah manis yang bakal menjadi pemimpin sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.

Tidak kurang ada diantara mereka yang bakal bergelar kaki tidur, badut, pelawak, penipu, perompak dsbnya kerana mereka semua itu tidak maksum. Kuasa boleh menjadikan mereka bertindak diluar etika dan halal haram.

Semua itu bukan perkara asing kerana selepas 11 kali pilihanraya, kita telah melihat pelbagai jenis wakil rakyat dan ahli parlimen. Yang menjadi pembunuh dan perogol pun ada, apalagi yang rasuah dan menyalahgunakan amanah, satu perkara biasa yang sudah menjadi sebahagian dari faedah sebagai wakil rakyat.

Melihat karektor dan jenis-jenis mereka yang terpilih dan tidak terpilih untuk bergelar YB, jangan kita lupa pada para petugas yang bekerja keras memastikan calun yang disokong meraih undi yang besar.





Terutama buat mereka yang berjuang bersama parti pembangkang. Pengorbanan tidak sedikit untuk berdepan dengan gergasi besar yang mempunyai segalanya, MONEY, MACHINERY & MEDIA.

Sewaktu dalam pilihanraya tahun 1999 di era reformasi, serta 2004 di era Pak Lah kelihatan sebagai pemimpin yang menjanjikan perubahan, saya sempat turun padang berkempen dan dapat melihat betapa dedikasi, komited dan bersemangat tinggi para petugas BA.

Tidak seperti para petugas BN yang mewah dan ada apa sahaja, terutama wang berguni, para petugas BA dalam serba kekurangan, ditambah asakan berupa ugutan masih mampu melakukan sebaiknya. Kita boleh melihat dari segi fizikal persiapan BN di merata lokasi. Itu sahaja sudah cukup untuk meramalkan yang BA akan tumbang di mana-mana.

Petugas BA bekerja bukan kerana wang, tetapi keyakinan pada apa yang diperjuangkan. Mereka adalah simbol perjuangan yang masih bertahan dan perlu menerima tabik hormat. Kesukaran dalam berkempen secara terbuka dan telus diikuti dengan pengadil berat sebelah, SPR bukan lagi penghalang besar kerana dalam apa jua keadaan, lawan tetap lawan.
Seorang kawan dari BN pernah berkata yang sekiranya dia mendapat bantuan seperti komitmen para petugas BA, dia percaya dia hanya memerlukan seorang dua. Tidak beratus yang diupah dan sentiasa mahukan imbuhan.

Manakala ada juga mereka yang datang dari golongan pemuda berkata, mereka mengambil upah untuk bekerja menampal poster dsbnya untuk BN waktu siang dan waktu malam, khidmat percuma untuk BA.

Kemeriahan pilihanraya sebagai salah satu cabang demokrasi berterusan dengan para petugas yang tidak kenal penat lelah. Kalau kawasan pilihanraya luas, masalah logistik dan komunikasi selalu menjadi penghalang.

Apalagi kalau mempunyai jumlah pengundi yang ramai untuk berkempen. Tiada siapa menafikan yang sentuhan peribadi memang berkesan, seperti catatan dari blog Zulkifli Noordin di Kulim.

Di satu tempat di sebuah estet, satu orang aci jumpa saya masa buat lawatan. Dia
pegang saya nala punya kuat..saya ingat dia nak ambik saya buat menantu. Tapi
dia kata dia nak tolong saya..dia kata dia tahu saya takkan menang tapi dia mahu
saya bawa suara orang kampong ke Parlimen. Dia buka dompet kecil dia..saya ingat dia nak hulur sireh. Tau tau dia bagi saya 30sen..itu sahaja yang dia mampu.
Kalian tahu, nak menangis saya dibuatnya.. here one old Indian lady sacrificing her lunch money for me. It may not be a lot for most of you..but I tell you.. if you see their living condition..it is big sacrifice on her part to give me that 30 sen. You can see into her eyes..the eyes of hope..hoping that their little voices are heard.
Walau BN akan sentiasa menafikan, para petugas BN yang berlagak mahupun sememangnya samseng menjadi satu budaya yang semakin menular dan menakutkan. Mereka begitu bebas untuk bertindak kerana bukan mudah untuk memantau. Polis dan pihak keselamatan juga selalunya menutup sebelah mata. Dijangkakan pada pilihanraya kali ini, samseng BN disertai dengan para Mat Rempit, puteri UMNO dan gerak gempur akan lebih terbuka seperti mana kotak undi yang lutsinar.


Biar apapun, buat mereka yang bakal menang sebagai YB, jangan lupa para petugas yang mungkin kalian tidak pernah kenal dan ingat siapa mereka. Jangan hanya memerlukan setiap pilihanraya kerana kalian tidak akan menjadi kaya raya (wakil BN terutamanya) tanpa ada sokongan para petugas.

Lebih dari itu, jangan lupa kepada para YB baru, tidak kira terpilih sama ada melalui cara halal atau haram, yang kalian akan bertugas dibawah lafaz sumpah untuk menjalankan amanah rakyat.




NAFIKAN 2/3 MAJORITI BN DI PARLIMEN!