Monday, December 22, 2008

Rasuah lebih haram daripada makan babi

Dalam Utusan hari ini (22 Dis 08), Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis, Politik bukan untuk kaya. Kebetulan saya mahu menulis perkara yang sama untuk menyamakan makan rasuah dengan makan babi. Tidak pasti kesan tulisan ini di akhbar milik United Malays National Organisation untuk pemimpin dan ahli United Malays National Organisation sendiri dalam musim pesta pemilihan ketika ini.

Memang babi menjadi simbol kehinaan dalam masyarakat Melayu. Manakala rasuah kekadang menjadi simbol ketuanan dalam United Malays National Organisation yang terus parah dalam budaya rasuah di pelbagai peringkat.

Orang Melayu terutama pemimpin United Malays National Organisation ramai yang tidak langsung berani menyentuh daging babi atau babi, apalagi memakannya. Tetapi menjadikan rasuah (termasuk salah laku, penyelewengan) sebagai sebahagian dari perjuangan demi survival diri.

Ridhuan Tee dalam artikelnya:-

Menurut Tan Sri Azmi Kamaruddin, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, perang melawan rasuah adalah peperangan rakyat, bukannya institusi kerajaan atau parlimen atau badan kehakiman. Kita mesti sedar bahawa rasuah ibarat barah yang boleh membunuh ekonomi dan politik negara. Rasuah boleh membunuh parti-parti politik. Rasuah boleh menyebabkan krisis politik apabila pihak yang tidak mahu melihat lebih banyak kerosakan berlaku mula merampas kuasa. Beliau menambah, amalan rasuah tidak sepatutnya berlaku di negara ini kerana lebih daripada 50 peratus penduduknya beragama Islam.

Tetapi masalahnya kebanyakan daripada mereka yang terlibat dengan rasuah merupakan orang beragama Islam. Makan rasuah itu haram, ibaratnya seperti makan babi tetapi masih banyak orang Melayu yang menerima rasuah.
Saya amat bersetuju dengan pandangan ini, sebenarnya implikasi (haram) rasuah lebih besar daripada implikasi haramnya babi. Ramai kalangan kita yang tidak menyedarinya. Jika kita berjaya menanamkan pemikiran umat Islam betapa jijik (haramnya) babi, sehingga mendengar nama babi itu sudah memualkan, saya fikir kita boleh melakukan perkara yang sama dengan meletakkan perbuatan mengambil (makan) rasuah itu lebih haram (hina) daripada memakan daging babi.


Mudarat
Hari ini kita gagal meletakkan haramnya rasuah, sekurang-kurangnya pada tahap sama haramnya babi. Kita begitu jijik dengan babi, usahkan hendak memakan, malah mendekatinya sudah menakutkan, apatah lagi untuk memegang najis itu sesuka hati.

Kejayaan kita memomokkan haramnya babi ini, menyebabkan kita masih beranggapan bahawa memakan rasuah tidak seteruk seperti makan babi. Pada persepsi kita, haramnya babi lebih mudarat daripada haramnya rasuah. Asalkan babi tidak masuk perut, maka halallah kehidupan di muka bumi ini.
Pemikiran sebegini hendak diubah. Selain daripada haramnya babi, sesuatu yang haram sumbernya, adalah juga haram dimakan, sama seperti haramnya makan babi. Malah makan rasuah lebih besar mudaratnya daripada makan babi. Ini bukanlah bermakna, saya hendak meringankan haramnya najis babi.
Apa yang saya ingin jelaskan adalah sumber yang haram masuk ke perut menjadi darah darah daging kita dan anak-anak kita. Justeru, tidak hairan jika ramai yang mengadu kepada saya, kenapa anak-anak mereka telah dididik dengan baik, mendapat pendidikan agama yang cukup, tetapi masih berkelakuan tidak seperti manusia.

Inilah yang yang cuba saya ketengahkan bahawa walaupun kita tidak suapkan anak kita dengan daging babi, pendapatan haram daripada sumber haram (rasuah) adalah sama seperti kita menyuapkan daging babi ke mulut anak kita. Bila sumber yang masuk ke perut haram, maka terbitlah tingkah yang haram juga.
Rasuah ibarat barah yang akan menghancurkan agama, bangsa dan negara. Apatah lagi rasuah dalam parti-parti politik dan jabatan kerajaan yang seringkali menjadi sebutan dan bahan bualan. United Malays National Organisation dikatakan sebuah parti yang mengamalkan rasuah dalam proses pemilihan kepemimpinan United Malays National Organisation pada Mac 2009.

Justeru, United Malays National Organisation dan pemimpin United Malays National Organisation mesti membebaskan diri mereka dari rasuah. Rasuah mesti dibanteras hingga akar umbi bagi mempositifkan imej United Malays National Organisation. Tindakan tegas hendaklah dikenakan terhadap mereka yang terlibat, tanpa mengira siapa diri mereka dan apa latar belakangnya.

Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, bekas Timbalan Perdana Menteri amat kritis dalam menangani isu rasuah. Bagi beliau, rasuah adalah suatu gejala yang jahat, tetapi dia juga faham, bagi rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, memasuki perkhidmatan kerajaan adalah "satu cara paling mudah untuk membuat duit; dan mereka pun cukup tahu antara mereka nanti ada yang akan ditendang keluar dalam pilihan raya setiap lima tahun, jadi mereka terima rasuah dan menjadi korup".
Beliau pernah berkata kepada Kuok Hock Khee, sahabat seangkatannya:
''Alangkah bagusnya kalau rakyat kita satu hari nanti dapat lebih dahulu memantapkan kedudukan dalam profesion dan dunia perniagaan, kemudian baru masuk politik, seperti ahli politik Britian. Pesan saya kepada kaum pemuda kita,jangan masuk politik selagi belum terjamin kedudukan kewangan atau pekerjaan''. (Ooi Kee Beng, 2007: 171)
Justeru, marilah kita berkempen dan menanamkan dalam pemikiran masyarakat kita akan haramnya rasuah lebih hina daripada haramnya babi. Langkah pertama, haramkan wakil rakyat yang memegang jawatan di peringkat kementerian-kementerian tertentu termasuk menteri-menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik, melibatkan diri dalam perniagaan. Ini penting ke arah membersihkan imej pentadbiran dan pengurusan politik negara yang selalu dilabel oleh pihak tertentu sebagai rasuah, kerajaan menyeleweng dan sebagainya.
Pada masa yang sama gaji, elaun mereka hendaklah dinaikkan pada tahap maksimum seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara maju bagi membendung rasuah gejala haram ini.

3 comments:

manlaksam said...

Eeeeeee!...najissss!!!!

Bukit Chandan said...

These people who are involved in bribes and graft are not afraid of Hell, or Allah s.w.t. for that matter. So, to them bribe and graft are like drinking water.

Best Regards.........

wanrosaini said...

"....jangan masuk politik selagi belum terjamin kedudukan kewangan..."
Bagi mereka yang terlibat, ungkapan diatas memang tepat dan benar.