Monday, December 22, 2008

Pawagam Al Nasr Dalam Kenangan


Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Dubai awal tahun 2000 ialah untuk temuduga dengan CEO Dubai Internet City.

Saya ditempatkan di sebuah hotel apartmen di kawasan Bur Dubai. Kebetulan pejabat seorang sahabat yang memperkenalkan saya kepada CEO tersebut berhampiran sebuah pawagam tertua Dubai dan terkenal dengan filem-filem Mayalam dan Hindi, Al Nasr Cinema.

Dipawagam tersebut ada sebuah restoran mamak yang juga terkenal, Al Nasr Cinema Restaurant.

Di sinilah pertama kali saya menikmati nasi beriyani yang kemudiannya, menjadi sebahagian dari menu yang menaikkan berat badan.

Apabila keluarga saya tiba kemudiannya. restoran tersebut terus menjadi tempat persinggahan hampir setiap hari. Sarapan pagi hujung minggu dengan puri bharji dan roti canai, morta poratha, teh tarek. Hari biasa singgah makan malam atau supper.

Restoran ini memang popular untuk ekspatriat Malaysia termasuk mantan Duta menjadi pelanggan. Disinilah ekspatriat Malaysia bertemu terutama sarapan pagi Hari Jumaat.

Anak-anak saya turut membesar dengan juadah disitu dan pakcik-pakcik pelayan yang sudah juga menjadi sahabat.

Restoran dan pawagam Al Nasr ditutup dalam tahun 2007 untuk pembinaan sebuah hotel dan ada demonstrasi atau protes dari peminat filem Hindi dan Mayalam. Mungkin sudah menjadi satu institusi dan tiket yang jauh lebih murah dari cineplex.
Restoran berpindah ke Qusais, yang kebetulan dalam 10 minit dari vila kami di Twar 3. Maka restoran tersebut terus menjadi dapur kedua untuk hujung minggu.

Massive fire erupts at Al Nasr Cinema in Dubai
By Alia Al Theeb and Sunita Menon, Staff Reporters

Last updated: December 21, 2008, 18:10
Dubai: A massive fire, which erupted at the old Al Nasr Cinema in Dubai, has been brought under control, according to Civil Defence officials.

The fire erupted around 4pm on Sunday and has been brought under control in about 20 minutes, said Lieutenant Colonel Rashid Falasi.

3 comments:

Pentilium5 said...

great timing for u to buy that 60-inch LCD + 1000w home theater system...

Rusdi Abu Bakar said...

Dekat sini juga saya kenal dengan ramai malaysian di dubai ni, kebetulan company tempat saya di apartment berhampiran dengan Al Nasr Cinema ketika mula2 datang ke Dubai tahun 2005 lalu. smlm juga manjadi saksi kebakaran yang berlaku... agak sayu melihat kebakaran bangunan tu...

manlaksam said...

Banyak nostalgia tu......