Monday, December 01, 2008

Ketuanan



penjajah telah berangkat
setelah puas merompak
kebebasan dan sumber alam
tanahair
datang dan pergi
bersama warna tragedi
dan sejarah berdarah
buat anak bumi
memahami dan mengisafi
nilai kemerdekaan
penjajah dibalik topengan
bersongkok dan bersampin
terus bermaharajalela
merompak dan memperkosa
warisan yang dikongsi
atas nama ketuanan
sedang kampung telah tergadai
dibalik gamat sorak pembangunan
sebuah lagi projek
united malays national organisation
jahanam kalian pemimpin
bersongkok dan bersampin
berkokok riuh
ekor jijik bergelumang tahi
hebat sebagai bapa ayam
tidak kenal dosa pahala
mengangkat keris
sambil melelong ketuanan
sedang anak-anak kemunduran
dalam persengketaan
dan musibah berpanjangan!
Fudzail
1 Disember 2008




4 comments:

Pentilium5 said...

Tahniah! Your poem always inspire and make people pespire!

davors said...

pantun is so so...

but the meaning in it counts the most...
good one...

manlaksam said...

Fudzail,
Hari ni dah 2 Dis. (mu berada di Mesir lah sekarang ni ya?)

hady said...

hi
can i link ur blog with mine?

hady rashid
design architect, dubai