Saturday, December 13, 2008

Kempen 'Jangan Aniaya Kami' di TV Saudi


Don't Strip Me of My Humanity.
Begitulah mesej tegas dan terus terang yang menjadi tema utama kempen kesedaran mengenai penganiayaan terhadap pekerja (seperti pemandu, tukang kebun dll) dan pembantu rumah di Arab Saudi.



Kempen yang ditaja oleh 'Mercy' sebuah NGO dengan pembiayaan awam ini adalah bertujuan untuk menghentikan penganiyaan yang dikatakan berleluasa di Saudi. Sememangnya, cerita kekejaman orang Arab terhadap pekerja mereka sudah menjadi legasi. Biarpun bukan semua Arab sebegitu tetapi perkara ini tidak banyak dilapurkan oleh mangsa kerana takut terancam punca pendapatan.


Kebanyakan pekerja dan pembantu yang datang dari negara miskin ini terpaksa bekerja teruk dan kadang kala boleh dianggap sebagai perhambaan zaman moden. Beberapa pembantu rumah dikawasan perumahan kami di Twar ada juga mengadu kepada isteri saya mengenai masalah mereka.

Tidak mengejutkan yang orang Arab yang kebanyakannya Muslim tidak mengambarkan sifat mulia dalam menghormati orang lain sebagai hamba Allah.
Cerita sama kita dengar dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Ada juga pekerja dan pembantu rumah yang membuat perangai dan cerita sebegini juga selalu didengar. Ada yang mencolek anak majikan, mencuri, merompak dan pelbagai karenah lain.

Lapuran dari LA Times.

SAUDI ARABIA: Graphic media campaign against abuse of migrant workers
A South Asian maid on a leash, kneeling down in a doghouse. A chauffeur tied to a driver’s seat with a bit in his mouth.
Saudi Arabia recently chose an array of shocking images to place the abuse of migrant workers in the spotlight.

2 comments:

lelucon said...

salam Encik Fuzail,

Malang sekali bila terdengar isu sebegini. Seolah macam sebahagian Muslim kembali ke zaman 'Jahiliyah'nya... dan amat memalukan...

harapnya jgnlah kita tergolong sebahagian daripada si jahiliyah itu!

izaka said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
يا صديقي فودزيل لماذا لاتعمل في ماليزيا؟ أنا ايزاني كاتب ـ كان درس في كونتن
Izani Khatib-Teknik Kuantan (1980-81)
Muslims never did such cruelty.

My wife knows your spouse dr. azma. she studied at UM together in Medical faculty 1986.
My wife is dr.aminah taib, we met your fecebook while searching friends for reunion.