Wednesday, December 24, 2008

Hadhari versi Syiah

Pak Lah kini berada di Iran untuk lawatan rasmi, mungkin sebagai siri lawatan terakhir sebelum dilucutkan jawatan Perdana Menteri menjelang Mac nanti. Kerjasama dengan Iran memang penting dan sepatutnya hubungan ekonomi serta perdagangan telah lama dipertingkatkan.

Kecuali tentunya, fahaman Syiah. Dimana sesuatu yang sensitif. Ada penganut Syiah dari golongan Melayu yang masih dalam tahanan ISA manakala baru-baru ini, pemenang Hadiah Nobel dari Iran, Shirin Ebadi tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membuat ceramah.

Iran memang mempunyai banyak wang hasil dari petroleum dan dikatakan kerajaan Iran telah mengambil balik simpanan di banyak negara. Bayangkan kalau bilion USD ini di simpan di Malaysia.

Banyak beda antara Pak Lah dan Mahmoud Ahmadinejad. Presiden Iran itu naik melalui proses demokrasi yang jauh lebih terbuka, telus dan adil, manakala Pak Lah naik kerana dipilih oleh Tun M yang sampai sekarang masih menyesal dengan pilihannya itu dan tidak langsung mempunyai ketokohan untuk ke pentas dunia.

Ahmadinejad yang mempunyai ijazah kedoktoran itu juga ada blog sendiri. Orangnya amat sederhana dan tidak mempunyai anak dan menantu yang sama jadi penasihat negara. Ahmadinejad juga berani untuk berdepan dengan Setan Besar.

Begitupun, tidak pasti Pak Lah dalam hari-hari terakhir sebagai PM ini akan sama mengekspot mazhab Hadhari dengan versi Syiah.
Apakah usaha meng'hadhari'kan dunia Islam ini akan terus disambung oleh Najib yang tentunya tidak lupa untuk membawa Hadhari ke negara-negara dunia ketiga lain, terutama Mongolia!

Baca surat Ahmedinejad kepada Bush di sini.

Iran, Malaysia sign 3 documents for economic cooperation
Iranian and Malaysian officials signed three letters of understanding on Tuesday for Tehran-Kuala Lumpur cooperation on scientific, technological and auto manufacturing fields as well as campaign against drug trafficking.
The documents were inked in a ceremony attended by President Mahmoud Ahmadinejad and the visiting Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmed Badawi.
During the ceremony, Iran's Zagros Khodro company signed an agreement with the Malaysian Proton company to carry out joint auto manufacturing projects.

No comments: