Monday, December 01, 2008

Ekspatriat Malaysia Cabut Kerana Hutang - Malaysiakini

Kemelut dari krisis ekonomi dunia memang semakin memberi kesan kepada ramai warga ekspatriat Malaysia di Dubai. Ramai yang sudah diberhentikan sama ada oleh syarikat tempatan UAE mahupun syarikat Malaysia yang beroperasi di UAE.

Esok, acara komuniti terbesar

di UAE anjuran myUAE-PRO!
Baca di
SINI


Jumlah semakin bertambah. Semalam bila Nakheel, gergasi pembangunan hartanah membuang 500 pekerja, ada dalam tujuh ekspatriat Malaysia yang terlibat.

Sebuah syarikat perundingan senibina Malaysia telah menghentikan lebih kurang 50 pekerja minggu lalu. Kesemua ekspatriat Malaysia yang kebanyakan masih muda.

Tentunya pemberhentian yang mengejut ini menimbulkan keadaan huru-hara dan terdesak kepada segelintir kecil. Ada yang memang suka berfoya dan bergaya. Bermakna hidup diluar kemampuan sendiri, biar papa asal bergaya. Dengan pakaian berjenama mahal, kereta atau motor mewah sehingga makan di restoran berbintang-bintang sahaja. Seakan anak -anak raja UAE.

Salah satu cara mudah untuk mengikut trend semasa dan nafsu serakah ialah berhutang, sama ada pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan. Sememangnya, sebelum krisis kewangan, terlalu mudah untuk berhutang dengan bank. Tidak perlu cagaran dan penjamin. Bank memang banyak duit untuk di 'agih-agih'kan.

Salah seorang dari mereka yang diberhentikan kerja tersebut, dengar kabarnya cabut semalam dengan meninggalkan kereta pacuan empat roda baru dibeli di depan bank yang dihutangnya. Rakan tersebut juga berhutang pinjaman peribadi dan jumlah kedua hutang melebihi RM100 ribu.

Barangkali ini bukan cerita pertama dan terakhir.

Mungkin tindakan nekad ini dapat menyelamatkan diri, tetapi membawa nama hitam dan akibat lain buat ekspatriat Malaysia yang terpaksa terus menetap di UAE. Menyusahkan kami yang mungkin memerlukan pinjaman. Tempias yang menyakitkan hati dan hilang simpati kerana menjadi mangsa pemberhentian kerja.

Sekiranya tertangkap, boleh dipenjarakan serta merta sebelum dihadapkan ke mahkamah dan imigresen UAE boleh menyenarai-hitamkan pesalah.

Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan seperti berhutang hanya kerana mahu bergaya. Kalau tidak bayar hutang di dunia, di akhirat esok tetap juga akan dituntut!

Beringat sebelum kena dan sentiasa hidup mengikut kemampuan sendiri!

4 comments:

Johnny Ong said...

bukan setakat di dubai, kat kl pun ramai yg buat begitu.

manlaksam said...

Pak Man teringat akan peringatan pada resit parking MPKB.'Setiap hutang itu adalah wajib dibayar'

Pentilium5 said...

financial discipline among islamic banks are also questionable, why would they lend to people/companies that are likely not be able to repay - there is a moral hazard in doing so, which eventually will knock on their bottomlines. We Malaysian typically are not brought up money savvy, that in itself is a handicap to many of us - hopefully the Govt introduce money manageent at early age in our schools.

Perawi said...

Ingat Najib jangan dok boros kerana nak menang dTrg saja. Duit KWSP kau sapu, Duit Petronas kau kebas .... org trg tadah kain tanguk aje ....berapa sen yg jatuh. Dgn JKKK, kroni, kuncu berlipat dlm poket duit rakyat ... Rakyat yg akan dibuang kerja nak mgadu dgn sapa? Undilah PAS, semoga BN insaf dgn Barng Naik harga lgi