Wednesday, December 10, 2008

Bila Kutbah Raya Jadi Ucapan Kosong

Saya berkesempatan menghadiri solat raya bersama rakyat dan siswa/siswi Malaysia di Kaherah. Diadakan di ruang terbuka 'Selangor' kompleks rumah-rumah negeri (Selangor, Trengganu, Pahang, Kedah dan Sarawak) Hayyul Asyir.

Sememangnya satu pengalaman menarik kerana dikatakan ada dalam 7 ribu siswa/i yang berada di Mesir ketika ini. Bukan sahaja siswa/i jurusan agama, yakni para bakal ustaz dan ustazah, alim ulamak, malahan dari jurusan perubatan yang kini semakin ramai dihantar ke Mesir (Al Azhar dan Alexanderia).

Solat Raya diikuti oleh ucapan oleh Pak Duta yang pernah menjadi Ketua Pengarah JAKIM dan calun United Malays National Organisation di Kelantan yang tewas dalam pilihanraya. Namanya Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Nampaknya Pak Duta hampir-hampir tidak memenuhi syarat kutbah dan membebel memberi ucapan. Lebih menyedihkan, seolah-olah siswa/i yang berada di Mesir masih budak-budak kecil. Mungkin dalam keadaan suasana semasa di mana Selangor dan Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat, Pak Duta kita masih belum selesa untuk berdepan dengan realiti.

Pak Duta ini tentunya dilantik sebagai duta melalui saluran politik untuk membalas jasa-jasa beliau kepada United Malays National Organisation dan bukan kepada negara. Ini adalah salah satu yang banyak menjejaskan kredibiliti diplomatik negara kerana ramai duta yang dilantik sebegini sebenarnya tidak layak dan sesuai. Mungkin saya silap dalam membuat tanggapan sebegini tetapi tanggapan pertama dari ucapan (bukan kutbah) beliau memberikan persepsi yang melekat dalam pemikiran.

Tidak heran ramai siswa/i yang seakan memulaukan majlis.

Banyak keluhan siswa/i yang akan saya paparkan mengenai masalah yang mereka hadapi. Terutama dengan karenah birokrasi dan pentadbiran negeri tertentu yang tentunya, seperti mana-mana negara yang siswa/i dihantar oleh kerajaan, tidak boleh lari dari politik sempit United Malays National Organisation dalam memecah belahkan Melayu demi survival pemimpin elit.

Dengan jumlah zakat tidak digunakan mencecah ratusan juta, para bakal alim ulamak kita seakan dianak-tirikan apabila siswa/i Perubatan menjadi glamour dengan saraan hidup yang mewah.

Siswa/i agama juga menjadi mangsa birokrasi, sistem yang kurang cekap, kronisme mahupun percaturan politik United Malays National Organisation yang kini terus mahu menghidupkan mazhab Islam Hadhari dan ketuanan United Malays National Organisation!

2 comments:

nooryahaya said...

back in 84, Taufik organised a ceramah in islamic centre wellington. this Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir was was one of the 2 ustaz sent over by pusat islam.back then orgny putih, gempal.

Pentilium5 said...

I can only say that Umno is just at stage 5 of a product life cycle...this is the final stage of a product before its replaced by a new, more innovative product/organisation....