
Tegas beliau, akhbar tersebut perlu dibela kerana bertindak berani menyiarkan berita bagi membela orang Melayu dan agama Islam.
''Menginsafi bahawa perjuangan Utusan Malaysia dan Utusan Melayu adalah satu perjuangan untuk membangkitkan semangat nasionalisme orang-orang Melayu dan Islam, maka ia perlu diberi pembelaan oleh keseluruhan orang Melayu terutamanya UMNO.
''Parti UMNO juga perlu memberi penerangan kepada seluruh cawangannya di seluruh negara mengenai sabotaj terhadap Utusan Malaysia oleh pihak yang tidak suka melihat perkembangan akhbar ulung orang Melayu itu," katanya.
Bayangkan daripada 495,500 isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,000, Cina hanya 50,900. Kaum India yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai ditindas dan dianaktirikan di negara ini pula hanya 29,000.
Selebihnya yang berada dalam kategori miskin dan daif ialah oleh Melayu dan penduduk bumiputera lain.Sebabnya, melalui DEB, ekonomi Melayu bertambah baik. Apabila ekonomi Melayu meningkat kaum lain turut mendapat faedahnya.
Jika ada pemimpin-pemimpin politik kaum tersebut tidak percaya boleh pergi dan lihat sendiri. Walaupun tinggal di pekan kecil yang daif dengan 99.9 peratus adalah Melayu, namun orang Cina tidak pernah lebih miskin daripada Melayu.
Orang Melayu yang bekerja keras membanting tulang menoreh getah dan mengerjakan sawah. Tetapi mereka bukan pemilik kilang padi yang tersergam indah di tepi sawah. Malah sebahagian besar kedai-kedai dan kilang getah di seluruh negara bukan milik orang Melayu.
Jadi di mana yang tidak adilnya dengan dasar dan agihan ekonomi di negara ini? Di mana letaknya diskriminasi dalam dasar-dasar yang digubal kerajaan seperti DEB?

0 comments:
Post a Comment