Tuesday, November 18, 2008

Sebelum Subuh Ke Pejabat

Beberapa hari lalu, Dubai One TV menyiarkan pengalaman wartawan bersama ribuan lain yang tinggal sekitar Sharjah dan bekerja di Dubai. Sharjah adalah emiriyah bersebelahan Dubai (seperti Selangor dan KL atau Putrajaya).

Sewa rumah di Sharjah masih murah berbanding Dubai dan hanya beberapa km dari Dubai. Tetapi oleh kerana jumlah trafik yang ratusan ribu, kesesakan jalanraya menjadi kronik.

Ramai yang bertolak dari Sharjah dalam 4 pagi untuk memastikan tidak terperangkap dalam kesesakan di kesemua jalan masuk ke Dubai. Dari klip di One TV, memang cukup parah kalau terperangkap selepas jam 5.30 pagi!
Lebih parah kalau terperangkap di dalam bandar Sharjah pagi-pagi buta kerana aliran dan sistem jalanraya di Sharjah boleh dianggap amat teruk rekabentuknya.

Seorang teman ekspatriat Malaysia, Affandy yang menetap di Ajman keluar rumah dalam jam 5.30 pagi untuk tiba di pejabat dalam pukul 7 pagi.






Tentunya ramai yang sama berbuat demikian untuk mengharung kesesakan di kawasan popular dengan kesesakan teruk di Sharjah, iaitu 'National Paint Roundabout' yang kini dinaik taraf masih menjadi 'National PAIN'
Emirates Road di dalam sempadan Dubai ada tujuh lorong sehala (bermakna 14 lorong dua hala), tetapi hanya tiga lorong di Sharjah dan Ajman.
Ini menyebabkan bottleneck sebelum masuk ke Dubai dan kalau petang, masuk ke Sharjah di 'National Pain' yang menjadi gerbang masuk ke Sharjah.


Seorang staf saya di pejabat, juga tinggal di Ajman, keluar rumah 4.30 pagi. Farouk dari Pakistan memang sentiasa pagi tiba di pejabat.

Pada hari ini, saya menumpang Farouk kerana kereta syarikat yang diambil balik oleh krisis ekonomi dua minggu lalu, diberikan balik. Saya menyewa kereta buat sementara.

Dalam jam 4.40 pagi, saya sudah menanti di lebuhraya Emirates (Road) yang hanya beberapa meter dari rumah saya di Twar 3. Pada tahun 2004 dahulu, sewaktu menanti kereta baru dari syarikat, saya pernah berkongsi kereta (syarikat) dengan kawan-kawan yang tinggal di Sharjah. Juga menanti mereka di tepi lebuhraya awal pagi.
Pertama kali tiba di pejabat dalam jam 5.30 pagi dan solat subuh. Memang dingin juga pagi-pagi di musim sejuk.

Rupa-rupanya sudah ramai yang ada di pejabat. Paling awal, Mustafa tiba jam 4 pagi!
Nampaknya, hari ini pastinya mengantuk di pejabat!

8 comments:

Pentilium5 said...

what, gila nya.... pukul ampat pagi... macam citer p ramlee aje lah...

manlaksam said...

Fudzail,
Sungguh mencabar hidup di sana. Kalau aku rasanya dalam dua hari je, masuk hospital lah...darah tinggi.
Mu tak dak darah tinggi lagi ko?

Imran Yusuf said...

Wah Tuan Fudzail,

Sudah jadi macam bandar Bangkok -- bangun seawal mungkin semata-mata untuk elakkan jam.

manlaksam said...

Patutlah Abang Teh aku cakap dia pergi kerja naik teksi. Tak sanggup nak memandu mengharungi kesesakan agaknya.

apeks_sepet said...

mencabar!!!
terasa gak nk cuba..
tpi elok lg kt kl

KAK AJI said...

Salam.
Just want to thank you for your snippets on life in Dubai. My sister moved to Dubai early this year and it helps to know the essence of living and working there. By the way, do you have email add that I can correspond to. Thanks.

zamani said...

Bro;
Duk kat Abu dhabi le...keluar pagi lepas solat subuh, sampai waterfront still within 7.30 pagi. Kira ok lah tu. he he he...

ubj said...

kat KL ni kuar rumah pkl 6.30 pagi pun kira awal dah