Friday, November 07, 2008

Raja, Pemimpin dan Kita - Malaysiakini


Kali terakhir saya berkesempatan untuk berbual dengan seorang Sultan dari Malaysia ialah pada tahun 2001 di satu majlis makan malam sambutan Tahun baru Cina di Dubai. Sebelum itu, saya sempat makan malam dengan Sheikh Mohamed al Maktoum di istana musim panasnya kerana meraikan kejayaan pembukaan Dubai Internet City bersama rakan sekerja lain.
Sultan Pahang sudi untuk menghadiri majlis tersebut disebuah kedai kepunyaan usahawan Cina dari Malaysia. Usahawan itu pernah menjadi salah seorang sahabat sebelum dia melarikan diri dari Dubai. Dikatakan membawa jutaan duit pinjaman bank ke Malaysia dan dijejak oleh Polis Dubai sehingga kini.
Setelah menanti agak lama, Sultan Pahang muncul. Baginda terlewat. Saya sudah kelaparan.
Dalam bersalaman dengan tetamu, saya sempat bertanya sambil berjenaka dengan baginda.
"Mengapa lambat tuanku?"

Baginda terkejut tetapi menjawab dengan secara berjenaka.

"Traffic jam!"

Saya kembali berjenaka.

"Mana ada traffic jam kat Dubai, lainlah di KL!"

Kami ketawa. Ketika itu, 2001 memang tiada traffic jam di Dubai. Ke mana-mana destinasi dalam 20 minit sahaja. Memang nostalgik bagi orang lama yang menetap di Dubai.

Sewaktu memulakan mengambil makanan dari bufet yang disediakan, saya berdiri di sebelah sana meja berdepan dengan baginda.

Sewaktu baginda menyeduk mengambil makanan, saya menyorong pinggan ke arah baginda.

Sekali lagi baginda terkejut.

"Awak suruh saya hidangkan ke?"

Entah bagaimana malam itu saya agak berani.

"Bila lagi saya nak minta Tuanku hidangkan...!"

Saya nampak duta ketika itu sudah resah. (Mungkin mahu kena penampar budak ini...)

Sultan Pahang ketawa, mengambil juadah dan meletakkan ke atas pinggan saya.

Bila Sultan ketawa, yang lain pun ketawa.

Kemudian baginda bertanya kepada saya, "Kamu orang mana?"

"Saya orang Rompin Tuanku!"

"Oh! Anak buah saya juga rupanya!"

Baginda memperkenalkan Sultanah kepada saya dan kami berbual dengan mesra terutama mengenai penglibatan saya dengan Dubai Internet City, satu-satunya projek mega Sheikh Mohamed ketika itu.

Sewaktu sekolah di Kuantan, saya pernah menerima hadiah pemidato terbaik peringkat negeri Pahang di istana baginda. Malah, hari kelahiran saya sama dengan hari keputeraan aruah Sultan Abu Bakar, sepatutnya layak menerima hadiah setiap tahun sewaktu baginda masih hidup, malangnya saya dilahirkan di negeri Johor.

Saya teringat pertemuan dengan baginda Sultan Pahang tersebut setelah membaca Malaysiakini, Raja Nazrin: Rulers will not act on wrong advice!

Raja Nazrin adalah salah seorang Tengku Mahkota, anak Sultan yang mempunyai ijazah dari Oxford dan Harvard. Intelektual dan pemikir yang mungkin lebih sesuai sebagai Perdana Menteri yang kita tidak punyai.

Saya bersetuju dengan Raja Nazrin terutama mengenai yang Raja-Raja tidak harus beri berkenan dengan nasihat dari pemimpin yang bercanggah dengan perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang dan melanggar prinsip keadilan sejagat.
Begitupun, pemimpin yang dipilih oleh rakyat semestinya juga menjaga hak rakyat yang diamanahkan. Pemimpin menjadi perantara antara Raja dan rakyat. Malangnya, ramai pemimpin yang bukan sahaja korup dengan mencuri harta dan wang rakyat, malah sebenarnya pengkhianat kepada Raja juga.

Baca seterusnya -

4 comments:

Pentilium5 said...

Nice to hear we have Sultans berjiwa rakyat.. but some of our Ameno pemimpin nak berjiwar raja pulak

manlaksam said...

Waah! menarik pengalaman mu dengan sultan negeri mu.
Pak Man tak pernah bertemu dan bersalam dengan mana-mana sultan, tapi dulu Pak Man ada kawan nama dia Mohd.Sultan bin Abdullah Kutty.

Reezal said...

Sdr. Fudzail. Lama saya mengikuti blog yg menarik ini...:). Tak sangka org Rompin pun ada di Dubai. Salam dari org Sg. Puteri.

Shorty,William said...

sape2 pun boleh jd PM,asalkan berugama Islam berdasarkan perlambagaan Malaysia.