Thursday, November 20, 2008

The Nenek of all Wanita Battles - Malaysiakini


Tentunya semua media termasuk Malaysiakini melapurkan berita pengumuman Sharizat untuk menentang Rafidah bagi merebut kerusi ketua wanita United Malays National Organization.

Kedua calun sepatutnya berundur sahaja dan berikan peluang kepada Azalina untuk menjadi lebih wanita setelah meninggalkan Puteri. Rafidah pernah berkata yang Azalina BUKAN wanita.

Begitupun, nampak sekali United Malays National Organization ketandusan pemimpin. Balik-balik muka-muka yang sama. Bermakna, United Malays National Organization memang menanti masa untuk disemadikan. Pi mai pi mai tang tu.

Senarai exco wanita United Malays National Organization, majoriti bergelar datuk. Janggal juga wanita dipanggil datuk, bukan nenek.

Ketara sekali antara mereka yang bergelar nenek, opps, datuk dengan puteri-puteri berwarna pink yang menjadi penyeri United Malays National Organization.

Siapakah yang bakal menang? Mungkin kalau menang jadi abu, kalah jadi arang. Boleh dikatakan tiada pemimpin United Malays National Organization yang bersih dari penyelewengan, rasuah dan kronisme.
Semua sama sahaja. Jadi, kalah menang semua sudah bertaraf jutawan dan boleh senang lenang dua generasi. Apalagi yang mereka mahu dalam perjuangan ketuanan United Malays National Organization dulu, kini dan selamanya?

Atau ada kompromi yang bakal menyaksikan Sharizat menjadi ketua wanita United Malays National Organization yang baru melalui peralihan kuasa terpaksa? Mungkinkah Rafidah bakal bergelar Tun dan dilantik pengerusi Petronas?

1 comment:

Muhammad Reezal Hj Awang said...

Well...itulah umeno, dulu, kini & selamanyeeeee....