Thursday, November 20, 2008

Menangani kemelut ekonomi dengan keyakinan


Akhir 80han dan 90han, saya berada di New Zealand dan Malaysia untuk mengalami krisis ekonomi. Balik dengan ijazah sebagai penggangur dan sedekad kemudian, dibuang kerja.

Pusingan kitaran ekonomi kembali merudum dan setelah hampir sedekad di UAE, dunia kembali mengalami krisis yang dikatakan paling teruk dalam sejarah. Dari krisis sub-prime di Amerika menjalar menjadi krisis global.
Kita masih belum melihat tahap rock bottom dan akan mengambil masa untuk kembali memulihkan keadaan.
Ada hikmah disebalik kemelut dan kita mengambil iktibar.
Di UAE ini, Dubai mungkin dalam keadaan kewangan yang lebih teruk dari Abu Dhabi. Dikatakan hutang Dubai melebih USD40 bilion dan usaha sedang dilakukan untuk mendapat bail-out dari Abu Dhabi.
Keseluruhannya, UAE adalah negara muda, bukan sahaja dari segi usia tetapi juga dalam 66% penduduknya bumiputeranya (Emirati) adalah dibawah usia 40 tahun. Dijangkakan menjelang 2020, 77% Emirati dibawah usia 40 tahun.
Menjelang 2020 juga, hanya sedikit sahaja jumlah Emirati yang lahir sebelum 1970 dan mengalami zaman kesusahan sebelum minyak diterokai dan mengubah lanskap serta kehidupan di UAE.
Dengan itu, bersama pakej meransang ekonomi, pengumuman kerajaan UAE untuk membelanjakan lebih banyak dalam pendidikan memang bertepatan. Kemajuan pesat di UAE sepanjang sedekad lalu sedikit sebanyak meminggirkan kemajuan pendidikan kerana kebanjiran ekspatriat menyediakan tenaga pekerja disemua peringkat secara segera.
Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan UAE mahu meningkatkan mutu pendidikan dalam memastikan negara yang Emirati ini menjadi minoriti terus mempunyai bakat-bakat tempatan yang berwibawa untuk meneruskan pembangunan.
Secara amnya, adalah imej tipikal untuk mengambarkan anak-anak Emirati sebagai pemalas dalam limpahan kemewahan yang sedia ada sebaik lahir di muka bumi. Kemalasan dan sikap tidak mengambil berat ini terbawa-bawa dalam alam pekerjaan.
Dengan sistem 'ali baba' yang dihalalkan dimana memerlukan setiap syarikat beroperasi di UAE (selain dalam zon perdagangan bebas) mempunyai penaja (sponsor) dari individual atau syarikat kepunyaan Emirati, ramai mendapat duit mudah sebagai penaja.
Peruntukan yang besar tidak bermakna apa-apa kalau pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa ibunda dan utama tidak menjadi agenda utama. Nampaknya setelah beberapa lama perkara ini tidak diambil berat, kerajaan UAE mahu memastikan kesilapan tidak berulang.
Bahasa Arab adalah identiti utama Emirati dan usaha untuk memastikan warisan identiti mereka terpelihara dalam proses sebagai negara maju dengan jumlah anak tempatan yang akan tenggelam bersama jumlah eksptariat berkali ganda ramainya.
Sistem kewangan Islam juga akan diperluaskan sebagai alternatif yang terbaik. Krisis ekonomi berkait rapat dengan sistem riba yang berleluasa dan digunakan untuk berhutang dalam memajukan Dubai. Kita tidak dapat melarikan diri dari melihat krisis ini dari sudut amalan juga.
Ternyata, kesilapan United Malays National Organisation dalam menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik tidak mahu di ulang oleh kerajaan UAE.

No comments: