Saturday, November 15, 2008

Lumba Unta di UAE


Saya sempat melihat lumba unta dimana kanak-kanak bawah umur yang dipaksa menjadi joki berlumbaan sesama sendiri. Ianya satu pengalaman yang menimbulkan kesedaran mengenai kekejaman manusia terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa dalam zaman moden ini.
Penganiayaan terhadap kanak-kanak malang, yang majoriti berasal dari Pakistan, selain Bangladesh, Mauritania dan Sudan dimana mereka telah dibeli atau dilarikan dari keluarga mereka, berakhir dalam tahun 2005.


Ramai joki bawah umur yang menjadi cacat atau maut dalam perlumbaan. Terdapat juga lapuran penderaan seksual dan fizikal dimana berat badan kanak-kanak tersebut dipastikan tidak melebihi timbangan tertentu. Mereka dilapurkan dipukul dan dijadikan hamba abdi, begitu kejamnya hati manusia yang masih dalam jahiliyah walau diberikan perasaan dan kemewahan oleh Allah SWT.


Sebuah NGO melapurkan sehingga 40,000 kanak-kanak menjadi mangsa kebuasan orang Arab Timur Tengah dalam lumba kuda yang menjanjikan hadiah lumayan hingga jutaan dirham.


Selepas 25 tahun aktiviti yang zalim ini menjadi tradisi orang Arab, mulai 2005, robot-robot seberat 15 kg menggantikan kanak-kanak tersebut dan diharamkan terus joki kanak-kanak bawah 18 tahun dari perlumbaan.

Kerajaan UAE, mungkin dalam membersihkan dosa rakyatnya, juga memperuntukkan dalam USD10 juta untuk kanak-kanak tersebut menjalani pemulihan dan kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat. Disamping memberi pendidikan vokesyenal untuk menyediakan mereka dengan kehidupan lebih baik.
Seramai 1,077 kanak-kanak yang menjadi joki secara paksaan ini yang berjaya dihantar pulang.

Lumba unta terbaru di SINI

No comments: