Monday, November 24, 2008

Kata Utusan - Akhbar Melayu bakal pupus? Malaysiakini

Saya mula menulis untuk akhbar Melayu semenjak di universiti dan pertama kali, artikel saya mengenai kehidupan pelajar di New Zealand memenuhi ruangan editorial Mingguan Malaysia sekitar 1984.
Tulisan kreatif juga mula disiarkan oleh Mingguan Malaysia, Berita Minggu selain Dewan Sastera pada tahun yang sama.
Kembali ke tanahair sebagai penganggur, saya sempat bekerja sambilan di Balai Riong dan Gila-Gila sebelum ditawarkan sebagai kadet wartawan di Utusan. Hanya sebulan sahaja di Utusan, saya berhenti kerana tidak dapat menyesuaikan diri. Masa itu idealisme yang tinggi dan melihat dari suasana 'politik' di Utusan, lebih baik saya bekerja dengan orang Cina.
Saya kembali menulis secara regular tahun 1997 melalui ruangan sastera dan 'Sebuah Rumah Sebuah Komputer'.
Membaca artikel dibawah hari ini, untuk tidak mempupuskan akhbar Melayu, kita semestinya mempunyai lebih banyak akhbar Melayu di pasaran. Bukan akhbar tabloid tetapi akhbar harian yang lebih terbuka dan tidak dimiliki oleh United Malays National Organisation.
Ramai yang tidak membeli mahupun membaca akhbar Melayu kerana Utusan dan Berita terlalu menjadi alat propaganda United Malays National Organisation.
Sekiranya akhbar Melayu benar-benar pupus, maka United Malays National Organisation yang mesti dipertanggungjawabkan. Bahasa Melayu sendiri tidak digunakan untuk pembelajaran Sains dan Matematik!
Lihat edaran akhbar Cina yang terus terbuka dan berani dalam pemberitaan.
Tepuk dada tanya selera, kita tidak mahu terus diperbodohkan oleh akhbar yang tidak telus, tidak tepat serta, menyelewengkan berita.

Akhbar Melayu bakal pupus?

Oleh AHMAD ZAKI ISMAIL

RAYUAN, tuntutan dan saranan bagi menyelamatkan khazanah negara dan waris sejarah perjuangan bangsa berwadah media cetak yakni Kumpulan Utusan sudah jelas menunjukkan bahawa ia dalam tahap kritikal.

Malah isu ini bukan satu pekara yang terpinggir atau sekadar sebahagian daripada rutin dunia perdagangan komersial semata-mata. Tentu ada perkara yang lebih besar agendanya, hebat cabarannya dan buruk impaknya jika tidak kita berikan perhatian yang wajar.

Ini bukan satu gimik atau sinikal tidak juga dengan niat provokasi, tetapi lebih merupakan satu hakikat. Ia mesti dilihat secara serius bukan sahaja oleh golongan pejuang bahasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau pemimpin politik kerajaan. Malah ia juga patut diberikan perhatian sewajarnya oleh seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama kerana legasi akhbar ini mempunyai pertalian khusus dengan sejarah pembentukan negara Malaysia yang merdeka.

Seterusnya di SINI

5 comments:

wanrosaini said...

Kajian dalaman NSTP ( awal tahun 2000) menunjukan peningkatan mendadak Metro adalah kerana akhbar Metro membelakangkan berita politik dan membawa kehalaman depan berita sensasi dan hiburan. Minda Melayu lebih tertarik kepada isu remeh yang tidak membebankan akal. Dilema akhbar tabloid yang bergantung kepada pembaca Melayu ialah jumlah jualan (circulation figures) masih belum mampu menjana pendapatan iklan. Iklan warna penuh dan berjenama masih mencari pembaca akhbar bahasa Inggeris.
Soal pupus bukan bergantung kepada jumlah jualan tetapi revenue iklan. NST sendiri sampai hari ini masih jauh dibelakang The Star dan masih juga dibelakang akhbar percuma The Sun. Akhbar Kumpulan NSTP masih tak malu malu ikut telunjuk UMNO dan Editorial Team mereka berkiblatkan Putrajaya dari dulu kini dan mungkin selamanya.

wanrosaini said...

Kajian dalaman NSTP ( awal tahun 2000) menunjukan peningkatan mendadak Metro adalah kerana akhbar Metro membelakangkan berita politik dan membawa kehalaman depan berita sensasi dan hiburan. Minda Melayu lebih tertarik kepada isu remeh yang tidak membebankan akal. Dilema akhbar tabloid yang bergantung kepada pembaca Melayu ialah jumlah jualan (circulation figures) masih belum mampu menjana pendapatan iklan. Iklan warna penuh dan berjenama masih mencari pembaca akhbar bahasa Inggeris.
Soal pupus bukan bergantung kepada jumlah jualan tetapi revenue iklan. NST sendiri sampai hari ini masih jauh dibelakang The Star dan masih juga dibelakang akhbar percuma The Sun. Akhbar Kumpulan NSTP masih tak malu malu ikut telunjuk UMNO dan Editorial Team mereka berkiblatkan Putrajaya dari dulu kini dan mungkin selamanya.

Roti Kacang Merah said...

ya, ya, betul kata Abang Ross. Lagi senang membaca 'no-brainer' seperti Harian Metro daripada membaca '@$$-licker' macam akhbar Melayu lain.

di pejabat kami, Harian Metro kerap lesap atau menjadi bahan rebutan. Akhbar Melayu lain? Terdampar sepi satu hari tidak dijamah.

manlaksam said...

I don no wat to say. Sam taim I bai, I rid.
Sam taim I don bai, I rid mai fren's.
Sam taim I don bai, my fren olso don bai, so wi both don rid en dets wai I rait.

fanta hijau said...

Seingat saya.. boleh kira dgn jari, berapa kali saya beli paper melayu ni. Itupun, disebabkan ,nak tgk iklan kerja.
Saya dapat baca pun sbb kat ofis, hari2 bos beli,letak kat front desk.Itupun, bila sampai page politik, cepat2 selak ke page lain. Better baca hiburan. Kalau ditipu pun, tak kisah cz dunia hiburan ni penuh dgn AUTA(ya lah, hiburan lah katakan..)
Orang tua saya pun tak pernah beli paper ni.Pendek kata, satu family lah tak pernah beli dan terpikir nak beli paper ni.Rasa mcm ditipu terang2ngan...
Kalau pupus pun... sendiri mau ingat la...
(tapi diorang peduli apa,SARKIS kan bela diorang)... (: