Tuesday, November 11, 2008

Kampung Cina di Dubai

Oleh kerana dua orang anak memerlukan kasut baru, kami ke Dragon Mart di Chinatown, International City Dubai yang menawarkan 100% produk-produk buatan negara China. Kasut BATA buatan Malaysia mereka lunyai setelah dua bulan bersekolah!

Dragon Mart asalnya mempunyai 4 ribu gerai dan mungkin dua pertiga beroperasi Chinatown adalah sebahagian dari International City yang mempunyai kluster pelbagai negara dunia dan yang terkini, Forbidden City.
Dubai kini mempunyai 200,000 warga negara China yang bekerja dan berniaga. Dragon Mart adalah pusat terbesar orang Cina berkumpul di Timur Tengah.

Dalam ekonomi merudum dan kemelut kewangan dunia, Dragon Mart masih penuh sesak dengan pengunjung, malah sewaktu pulang jam 8 malam, traffic jam sepanjang jalan masuk!
Dragon Mart ini panjangnya dalam 1.2 km! Berjalan dua kali pusing sudah cukup baik sebagai exercise. Meriah suasana.
Barangan yang dijual tidaklah semurah dulu dan peniaga dari China sudah jual mahal kerana pengunjung yang ramai hampir setiap hari.


Kebetulan sepanjang di Dragon Mart, seorang ahli perniagaan Dubai menelefon dan mengulas situasi semasa. Beliau yakin yang Dubai masih dalam keadaan baik untuk menghadapi dan menangani kemelut semasa. Keyakinan beliau terhadap kepimpinan UAE sangat tinggi.
Mungkin Dragon Mart menjadi petunjuk kecairan walaupun Bursa Saham Dubai dan Abu Dhabi jatuh merudum.

Saya terlibat secara langsung dengan pembinaan Dragon Mart pada tahun 2003 dahulu dengan menjadi perekabentuk sistem IT & Telekom, termasuk fasa pertama International City - Chinatown. Dibuka secara rasmi Disember 2004.
Pengalaman menarik kerana inilah penglibatan pertama dalam pembinaan kompleks membeli belah dan kluster apartmen kos murah. Mulanya saya mahu memasang kabel optik fiber sepenuhnya di Dragon Mart tetapi mengubah ke kabel biasa kerana tidak memerlukan sistem canggih.
Begitupun, kesemua kluster International City, seperti mana projek lain di bawah Nakheel, menggunakan teknologi IP sepenuhnya dan fiber terus ke rumah.


Dragon Mart adalah hasil kerjasama kerajaan China dan Dubai (melalui Nakheel) sebagai hab produk China di Timur Tengah.

8 comments:

4 a BeTTer W0r1d said...

Dubai boleh begitu berjaya adalah sebab sikap keterbukaan mereka. Kita semua tahu Dubai ini sebuah negara islam, tetapi ia menunjukkan keterbukaan sebuah negara islam dalam menerima budaya lain.

Saya memang suka blog kamu ini sebab kamu banyak tulis tentang Dubai. Saya memang suka dengan negara yang kecil ini.

powersaver said...

Salam.....
Wah.... ada lak mall pelik bentuk dragon ye... Yang famous yg saya tahu sebelum ni cuma burj dubai, kepulauan palma & indoor ski d tgh gurun...

matador said...

Kenapa dorang boleh berjaya.

Mungkin sebab statistik dibawah ni kot. Ramai pendatang yang nak cari makan.

Ethnic Groups and Languages: UAE citizens constitute approximately 20 percent of the
population. The rest are foreign workers, predominantly from South and Southeast Asia
(approximately 60 percent of the population). The remainder of the expatriate population
includes a significant number of other Arabs—Palestinians, Egyptians, Jordanians, Yemenis, and
Omanis—as well as many Iranians, Pakistanis, Indians, Bangladeshis, Afghanis, Filipinos, and
West Europeans. Arabic is the official language. Other languages spoken include Persian,
English, Hindi, Persian, and Urdu. English is widely understood in the UAE.

http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/UAE.pdf

Ahmad Sahur said...

Nampaknya sejak kebelakangan ini orang Melayu dan agama Islam diserang dengan begitu nekad di negara ini. Nampaknya juga sejak PRU12, MCA, MIC dan Gerakan bertungkus-lumus menjadi jaguh untuk kaum Cina dan India. Mereka ini berani mengkritik Majlis Fatwa Kebangsaan, mempersoalkan keistimewaan orang Melayu, bahkan, berani menghina agama Islam dan Nabi saw. Serangan yang terkini datangnya dari blog pro MIC. Ikut link ini http://indiansmalaya.blogspot.com

Pentilium5 said...

Uh, ur children must have run around a lot and thrashed the Bata shoes. Actually Bata is owned by Canadian, and their shoes are real good value for money - for the same price shoes u will be getting quality much better than others made esp. true if you look at the women's range.

amoker said...

Good post. Can show more photos of the shop also?

eqiqdsgn said...

good post bro ... perbanyakkan lagi penulisan sebegini. banyak perkara yang sama-sama kita boleh belajar. sayangnya MALAYSIA !!!

gua pun rindu nak balik dan bekerja di malaysia tapi spesis macam kita yang hidup atas kreativiti sendiri boleh diterima ke? mungkin agaknya kalau kita balik macam spesis burung belatuk baru karpet merah akan dibentangkan.

kekwa66 said...

Hampir setiap negara di dunia ada China Town, mereka tak melarang pun kaum china mengamalkan budaya , adat resam, cara hidup malah tulisan china terpampang di mana-mana saja. Pak-pak menteri yg selalu keluar negeri tu tentu arif, tapi yg peliknya mereka buat tak tau saja, balik malaysia otak masih berintikan perkauman, entah apa tujuan mereka ke luar negara tu..setakat makan angin beli-belah saja kot!!