Tuesday, November 04, 2008

Kalau YB Zulkifli Noordin Masuk UMNO

Dalam perjalanan ke pejabat pagi ini, DJ di radio 2 Emirates mengumumkan single terbaru penyanyi Tom Jones, "If He Should Ever Leave You." Tom Jones kini berusia 68 tahun, sebaya dengan Pak Lah.

Sewaktu sekolah rendah dikampung dahulu, saya belajar bahasa Inggeris melalui lagu. Antaranya lagu-lagu Tom Jones, selain Abba, Beatles, Engelbert Humperdinck, Leo Sayer, Boney M dan lain-lain melalui keset cetak rompak.

Tajuk lagu baru Tom Jones itu bertepatan dengan satu isu yang banyak datang melalui SMS dan emel. Isu mengenai kemungkinan YB Zulkifli Noordin menyertai 'semula' UMNO. Banyak blog dan laman menyiarkan artikel berkaitan.

Ada yang menyelitkan nama saya (kadang dieja Fudhail atau Fadzil) sebagai penyokong kuat Zulkifli.

Saya mengakui memang saya penyokong kuat beliau dalam pilihanraya lalu dibawah Pakatan Rakyat. Turut membantu dalam beberapa perkara terutama mengutip dana pilihanraya dan bersama tiga kawan lain merancang pembinaan blog, Zul4kulim.

Saya mengenali Zulkifli sewaktu menuntut di kolej (sekolah) Wainuoimata berdekatan Wellington dan beliau di tahun dua Universiti Victoria, Wellington. Seperti rakan-rakan pelajar yang lain, kami hampir setiap hujung minggu atau hari cuti melepak di rumah sewa beliau di Newtown, Wellington pada tahun pertama saya di New Zealand. Kemudian di rumah-rumah pegawai kedutaan dan MSD masa itu.

Setelah pulang dari New Zealand, saya dan Zulkifli Noordin menyewa sebuah flet di Kerinchi dengan lapan atau sepuluh penyewa yang lain. Kami berdua menyewa ruang tamu kerana bilik sudah penuh.

Sememangnya kami rapat sehingga kini bersama seorang lagi rakan (yang disebut sebagai Ros dalam beberapa rtikel dan Ros ini bukan seorang perempuan tetapi lelaki tulen...sudah lima orang anak). Kami mengenali keluarga masing-masing dan saling menjadi best man sewaktu perkahwinan dahulu.

Soalan cepu mas...Jadi bagaimana kalau Zulkifli masuk UMNO semula?

Saya tidak mahu memanjang spekulasi dan desas-desus panas dari siber ke kedai kopi ini dengan mengatakan (kena juga bersumpah kah?), saya tidak tahu menahu dengan perkembangan ini.

Saya juga tidak bertanya apa-apa kerana lebih teruja dengan kemungkinan Obama menjadi Presiden hari ini. Malah radio 2 Emirates terus mengulas mengenai pilihanraya Amerika ini dalam selang seli memutar lagu-lagu 70han dan 80han yang menggamit nostalgia.

Terus juga mengikuti perkembangan melalui CNN dan BBC di rumah sehingga larut malam. Walaupun, antara Obama dan McCain seperti Pepsi dan Coca-Cola, kemungkinan presiden baru dari kulit hitam cukup menguja, seperti di Malaysia, kita perlukan perubahan drastik dalam kepimpinan negara.

Kenyataan Blog.

Kalau Zulkifli benar-benar masuk UMNO, secara peribadi saya tidak menyokong tindakan tersebut tetapi akan tetap berkawan baik seperti dari 25 tahun dahulu.

Saya bukan ahli politik dan tidak juga menyertai mana-mana parti politik. Sebagai penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat, saya tetap bersama-sama gerakan reformasi dan menentang kepimpinan korup UMNO/BN selagi terdaya.

Ada kawan-kawan yang memberi tahu saya bahawa mereka tidak akan menghalalkan sedekah serta derma untuk pilihanraya lalu yang saya kutip untuk Zulkifli Noordin. Itu terpulanglah kepada hak masing-masing.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya dan diharapkan desas-desus ini tidak benar sama sekali. Semuga Zulkifli Noordin masih bersama Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan idealisme serta suara marhaen, terutama pengundi Kulim Bandar Baharu yang memilih beliau sebagai MP.
Kebetulan juga sewaktu menghampiri pejabat, radio 2 Emirates menyiarkan lagu 'The Living Years' nyanyian Mike & the Mechanics...salah satu kumpulan yang saya minati sewaktu menjadi siswa di New Zealand era 80han. Selain kumpulan-kumpulan Genesis, Police, Dire Straits, Pink Floyd, U2, Flock of Seagulls, Men At Work, Blondie...banyak juga.

Mike dari Mike & the Mechanis adalah Mike Rutherford, anggota kumpulan Genesis.

Antara lirik lagu 'The Living Years' yang relevan dengan isu ini...


Every generation
Blames the one before
And all of their frustrations
Come beating on your door

..................

You say you just don’t see it
He says it’s perfect sense
You just can’t get agreement
In this present tense
We all talk a different language
Talking in defence

Say it loud, say it clear
You can listen as well as you hear
It’s too late when we die
To admit we don’t see eye to eye

So we open up a quarrel
Between the present and the past
We only sacrifice the future
It’s the bitterness that lasts


9 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

Pendirian PROFESIONAL, JELAS & 'BERMARUAH!!!' salute you Chief!

din said...

the song that came to my mind... blues gang 'apo nak di kato' hehehehe

salam buat abang haji dan keluarga.

lan said...

rimas aku issue lompat2 ni

manlaksam said...

Teringat lagu 'Apa Nak Jadi' nyanyian Tan Sri S.M. Salim.

NUNOCINI said...

Sayang btol la org2 mcm Zul, Ezam (yg pernah ku puja zaman2 reformasi dulu) hipokrit!!!
Kesimpulan yg ku dpt... "PERJUANGAN BKN BERLANDASKAN SESEORANG INDIVIDU, IA MESTILAH DGN NIAT YG IKHLAS BERPAKSIKAN AL QURAN & SUNNAH"

fawwaz said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sejak akhir2 ni banyak cerita aku dengaq tentag YB zol ni....tak kurang juga maki hamum.....

Heran sungguh betui ka tak betui cerita ni belum tau lagi....dah heran juga bila YB Zol buat dono ja isu ni.....

cuma yang aku tengok kuat sungguh dan bersungguh2 dok hentam YB Zol ni ialah mi itik.....

boleh tak sapa2 tolong check tengok sapa dia Mi Itik ni...betui2 pejuang untuk rakyat atau balaci upahan untuk porak peranda kan PR.

kita takut kerana waktu ini rakyat memberi kepercayaan kepada pakatan rakyat....tapi kalau terus macam ni dok berbalah sesama sendiri mungkin rakyat beralih angin semula...

Amuraria said...

Salam Tuan Fudzail,harap semua berita ini tak betul setelah bersusahpayah lalui PRU baru lepas,tapi kalu betul kita kena baca 'innalillahiwainna hilairorjiuun ' la jawabnya ! Moga Allah SWT beri kekuatan pada penentang rasuah dan kemungkaran ,juga semua penentang rasuah !

zulaimi said...

Assalamualaikum wm. wb. Saudara Fudzail.

Pertama; mungin saudara tersilap yang dimaksudkan Fadhil dan Ros adalah pembantu peribadi YB Zul di Pusat Khidmat KBB. Saya terpegun dengan penjelasan saudara tentang kutipan sumbangan saudara semasa pilihanraya dahulu. Saya adalah antara penggerak utama kempen YB Zul di Kulim bahkan rumah saya digunakan sebagai pusat bilik gerakan di Taman Jati, Kulim dan beliau tidur di sana sepanjang kempen. Saya sendiri selama lebih 2 minggu bertugas sepenuh masa tetapi setahu saya tiada satu sen pun dikeluarkan duit dari sumbangan tersebut melainkan pemberian dari PKR. Saya sendiri terpaksa membayar kos printing untuk profil calon sebnayak RM1,300.00 setelah beliau buat tak diam. Kos lain tak kira lagi termasuk baiki cermin mata wakil calon Ustaz Ismail yang beliau tawarkan diri untuk baikinya tapi bila masa bayar dia buat tak tahu. Bukan nak mengukit tapi agar saudara lebih mengenali sahabat 25 tahun saudara itu. Saya dulu pengkagum beliau dan setelah mengenali beliau lebih dekat rasanya SAYA YAKIN DIA AKAN MASUK UMNO kerana sayangkan elaun.

hantuthree said...

The song says it all. Kepada semua non-muslims yang tersalah-sangka dengan pendirian YB Zainal Nordin tu saya boleh paham dan terima tetapi ni yang muslims yang asyik menyalak menyuruh beliau dipecat dari pkr dan dan menyuruh masuk umno ... ni yang saya tak paham langsung.