Monday, November 24, 2008

Kalau ke Zimbabwe



kalau berpeluang ke zimbabwe
jangan hanya ingat mugabe
tetapi kenang mahathir juga
paklah, najib dan big mama

ngeri membayangkan malaysia
entah suatu masa nanti
mungkin sama sahaja nasibnya
dengan situasi zimbabwe kini

berkuasa diatas nama ketuanan
slogan meriah parti kebangsaan
semua rakyat bertaraf biliowan
tetapi majoriti dalam kelaparan

bertahun kuasa politik elit
memisah etnik dan warna kulit
mengikut acuan demokrasi terpimpin
dibawah pelbagai akta drakonian

dahulu negara kaya raya
sumber alam dan manusia
tetapi akhirnya porak poranda
mugabe si diktator berhati puaka

pembangkang masuk penjara
kritikan dianggap derhaka
mengongkong mahkamah dan media
memperkuda polis dan tentera

rasuah dan penyelewengan berleluasa
politik wang menjadi budaya
keruntuhan moral sudah biasa
AIDS dan wabak sebagai bala

tidak mungkin ke zimbabwe
menjadi pelancung zombie
tetapi sejarah mencetus pengajaran
untuk belajar dari kesilapan

cukuplah menjadi rakyat diperbodohkan
sebelum terlalu lambat untuk diperbetulkan
jangan kita jadi zimbabwe, nauzubillah
malaysia mesti diselamatkan, insyaAllah!

Fudzail
Dubai, UAE
24 Nov 2008

Zimbabwe may soon collapse, say Annan, Carter
By Paul Simao
JOHANNESBURG (Reuters) - Zimbabwe could soon collapse due to a political and economic crisis, South Africa's ANC leader Jacob Zuma said on Monday, setting out the opinion of prominent figures including former U.N. Secretary-General Kofi Annan.

"They believe the situation is very bad. They believe things could collapse in a few months time in Zimbabwe," Zuma told reporters after meeting Annan, former U.S. President Jimmy Carter and other prominent figures.
Annan, Carter and human rights champion Graca Machel, who is Nelson Mandela's wife, are part of a group of prominent figures and former statesmen called The Elders. They were barred by Zimbabwe from visiting to assess a humanitarian crisis there this weekend.

No comments: