Monday, November 03, 2008

Jangan Panik - Nasihat Bos Besar

From the Chairman's desk
Dubai has proven that innovation and forward thinking are leading the way on how businesses and national economies can be efficiently managed.With the same pioneering spirit we have created Dubai World, one of the largest holding companies in the world focusing on Development, Hospitality, Investment, Commodities, Marine Services and Ports and Free Zones.
read more »
Sultan Ahmed Bin Sulayem




Pihak pengurusan tertinggi syarikat mengadakan mesyuarat tergempar hari Khamis lalu untuk menangani impak dari krisis ekonomi dan kewangan dunia. Syarikat sebesar Nakheel ini juga terkena tempias dan pertama kali dalam sejarah saya bekerja di sini, gaji tidak masuk pada 26hb tetapi pada 29hb.

Panik sekejap warga syarikat yang sudah 'take things for granted.' Nakheel adalah salah satu syarikat yang memberi pakej gaji dan elaun tertinggi dengan staf dari pelbagai negara dan diketuai oleh seorang Aussie.
Kabar angin bertiup kencang di koridor pejabat dan sembang-sembang yang melebarkan gosip dan spekulasi tentang pelbagai kemungkinan. Itu adalah adegan biasa dalam keadaan tidak menetu ekoran krisis dunia.

Maka pada hari Ahad, pihak pengurusan projek dipanggil untuk diskusi dan briefing mengenai status syarikat dan situasi semasa yang berkaitan.
Sebaik mesyuarat bermula, sang bos berkata, "Saya akan memanggil nama-nama mengikut senarai, sesiapa yang tidak disebut akan terus bekerja.....!"
Sunyi sepi seketika.
Sang bos ketawa.

"Jenaka sahaja!"


Kami sama ketawa walau janggal juga berjenaka mengenai perkara yang sama sekali tidak melucukan kalau benar-benar terjadi.
Sang bos menyampaikan amanat dari pengerusi syarikat:-

  • Jangan panik, kita masih terbang seperti biasa di ketinggian yang sama. Seperti dalam penerbangan, ada masa bertemu turbulance dan sistem kapalterbang kita antara yang tercanggih. Dalam keadaan turbulance, kita kena yakin pada sang pilot (pengerusi lah itu) untuk mengatasi keadaan dan mendarat dengan selamat.

  • Syarikat mengakui yang sama menghadapi masalah dan sekiranya ada yang mengatakan tidak terkena tempias, berbohonglah mereka (teringat kata Najib yang Malaysia tidak mengalami masalah). Dari itu, syarikat sedang mengambil strategi baru dalam menangani cabaran ini dan memastikan segalanya tidak teruk terjejas.

  • Tiada sesiapa akan dibuang kerja tetapi semua pengambilan staf baru di bekukan sementara. Penstrukturan semula staf akan dibuat untuk memaksimakan sumber manusia.

  • Pada pengurus yang diberikan kenderaan syarikat (termasuk saya), tidak dibenarkan membawa pulang kenderaan dan dipakirkan di pejabat sahaja buat sementara waktu

  • Pelbagai langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah akan dilakukan untuk memastikan tiada pembaziran berlaku dan ada projek yang dibekukan atau diubahsuai mengikut keadaan semasa

  • Palm Deira tidak dihentikan tetapi penumpuan pada bahagian Corniche untuk memastikan pelancaran dalam pembinaan

  • Keadaan akan terus dipantau untuk beberapa bulan lagi sama ada tindakan drastik terpaksa diambil termasuk mengurangkan jumlah staf, sekiranya perlu.

Maklumat terakhir itu sedikit sebanyak memberikan lampu isyarat bahawa keadaan terus tidak menentu.

Saya ditugaskan untuk menguruskan pembinaan (construction) prasana dan utiliti di bahagian 'Trunk' Palm Jebel Ali. Projek sepatutnya sudah bermula tetapi dengan pengubahsuaian pelan induk dan krisis semasa, ditangguhkan hampir setahun. Projek bernilai AED1.7 bilion ini memang kritikal.



Selain itu saya juga ditugaskan menjaga semua kontrak dan rundingan untuk semua pembinaan prasana dan utiliti (berjumlah hampir AED10 bilion) dengan konsultan penyeliaan dan kontraktor utama selain memastikan ada kesinambungan 'sustainable engineering' dalam kesemua pembinaan tersebut.


Saya berlatarbelakangkan IT dan diberi tugas ini memang amat mencabar dan memerlukan penumpuan. Tetapi menyeronokkan kerana tanggungjawab yang diberi bererti pihak syarikat memperakui kebolehan dan mempercayai yang saya boleh melakukan dengan amanah demi kejayaan agenda Dubai baru.

InshaAllah!

No comments: