Thursday, November 27, 2008

Era kematian bahasa Melayu di bawah United Malays National Organisation

Prof Dr Awang Sariyan menganggap hujah Dr. Mahathir sebagai tergelincir daripada hakikat.
“Ketika Tun Mahathir membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat bagi menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu!"


PENGAJARAN dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan mengakibatkan bahasa Melayu mati di negara yang mendaulatkannya sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara meskipun ia dilindungi oleh pelbagai akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, demi masa depan bahasa Melayu yang sudah digunakan sejak 1972 hingga 2002 di sekolah rendah sehingga ke universiti pada semua peringkat, ia perlu diselamatkan segera.

“Bila semua mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris, maka ia adalah saat kematian pada bahasa Melayu dan pemimpin perlu tengok bahaya daripada dasar PPSMI. Pemimpin Melayu perlu ingat perkara ini kerana bukan pelajar saja yang teraniaya.

Seterusnya di SINI


“Saya yakin masyarakat Melayu tidak mahu melihat bahasa Melayu tergadai hanya kerana kepentingan peribadi sesetengah pihak. Kita perlu sedar bahawa PPSMI bukan saja menyebabkan maruah Melayu tergadai, malahan ia boleh menjejaskan golongan intelektual Melayu,” tegas Baha Zain.

2 comments:

sox said...

Tuan, banyak lagi input boleh dibaca di http://universitipts.com (nukilan Puan Ainon, isteri Prof Abdullah Hassan). :)

anaklangkawi said...

Hairan bilamana isu PPSMI ditentang hanya oleh sebilangan org2 UMNO & GAPENA & PKPIM .. Mana yg lain ? mana PAS & mana PKR?

jgn salahkan lah UMNO jika yg lain2 diam membisu?

http://other-perspektif.blogspot.com/