Thursday, November 13, 2008

Bahasa Melayu terus mengemis...51 tahun selepas merdeka

Dr. Mahathir dalam ucaptama pada siri syarahan Perdana ‘Bangsa Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana berkata, parti berasaskan kaum masih diperlukan kerana rakyat Malaysia belum bersatu sepenuhnya sehinggakan rancangan kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan telah ditolak.
‘‘Hendak buka sekolah yang membolehkan anak-anak kita (pelbagai kaum) belajar bersama-sama pun ditolak, jadi macam mana kita hendak ketepikan kaum, anda tolak Sekolah Wawasan bermakna anda mahu kekalkan perasaan kaum", katanya.

Saya tidak menghadiri syarahan Perdana itu, menurut sorang blogger, Bangsa Malaysia without Bahasa Malaysia? Dr M also chided those who clamour for a Bangsa Malaysia but are unwilling to give due regards to the national language.

51 tahun selepas merdeka dimana United Malays National Organisation berkuasa ke hari ini, kita masih sahaja dalam dilema dan situasi yang sama. Dr. Mahathir sendiri 22 tahun berkuasa sebagai Perdana Menteri dan hari ini beliau masih tidak melihat kesilapan diri sendiri.

Istilah bahasa Melayu sendiri ditukar kepada bahasa Malaysia dan pengajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dibawah Dr. Mahathir.

Walauapapun, bagaimana pemimpin hari ini. Di manakah anak-anak Timbalan PM, Menteri-menteri termasuk Menteri Pelajaran bersekolah?



Kejayaannya sebagai wahana perpaduan rakyat Malaysia diperlekeh

BAHASA Melayu terus dihambat masalah, seolah-olah bahasa yang tidak bermaruah meskipun kedudukannya diperakukan dalam Perlembagaan Negara melalui Fasal 152, Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Selepas haknya sebagai bahasa ilmu untuk pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dinafikan bermula 2003, kedudukannya kini diperkotak-katikkan lagi apabila kertas Lukisan peperiksaan SPM diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan Tamil.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, dilaporkan dalam The New Sunday Times bertarikh 30 Oktober lalu sebagai berkata: “Kertas Lukisan peperiksaan SPM akan diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan Tamil pada tahun ini kerana pelajar di 65 Sekolah Menengah Cina di Melaka gempar menerima kertas terbabit ekoran tidak memahami bahasa Melayu.”
Seterusnya di SINI

3 comments:

manlaksam said...

Sepatutnya biarlah ahli akademik yang buat kerja mereka, orang yang tak berkenaan jangan kacau.
Ahli ekonomi jaga hal ehwal ekonomi, ahli undang-undang jaga undang-undang,begitu lah seterusnya.

manlaksam said...

Sepatutnya biarlah ahli akademik yang buat kerja mereka, orang yang tak berkenaan jangan kacau.
Ahli ekonomi jaga hal ehwal ekonomi, ahli undang-undang jaga undang-undang,begitu lah seterusnya.

shaefy said...

Sebagai seorang guru, saya meminta semua pihak tak kira siapa pun kita, bekerjasamalah agar Matematik dan Sains di ajar kembali ke dalam Bahasa Malaysia. Saya dapat perhatikan, lama kelamaan anak-anak kita terutama Kaum Melayu terus tidak dapat menguasai matapelajaran Sains dan Matematik.

Pada hari ini keputusan UPSR telah keluar, dan dari keputusan tersebut jelas menunjukkan Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris telah membuatkan murid-murid yang tidak pandai Bahasa Inggeris gagal untuk menguasai matapelajaran Sains dan Matematik...Sains dan Matematik yang sepatutnya mereka dapat A tetapi hanya dapat B...

Kenapa kita harus menyusahkan matapelajaran Sains dan Matematik ini. Kesian anak-anak kita yang berhadapan dengan masalah ini...

Fikir-fikirkanlah...........