Thursday, November 20, 2008

Bahasa Melayu boleh terhapus sebagai wahana ilmu moden


Dr Hassan mengingatkan Kementerian Pelajaran agar tidak memanipulasi statistik pencapaian PPSMI 2008 dengan mengambil pencapaian pelajar bandar dan sekolah elit serta 'menyorokkan' keputusan pelajar di luar bandar.
"Jangan cuba membohongi rakyat atau bangsa Melayu melalui statistik. Keputusan melaksanakan PPSMI sama sekali salah dan 'berdosa'. Keputusan yang dahsyat. Tidak ada negara yang berbuat seperti kita. Jepun, Korea dan Perancis tidak berbuat seperti kita. Kita perlu balik ke pangkal jalan," ujarnya.
"Apa sudah jadi dengan bangsa Melayu? Kita tidak sayang bahasa Melayu yang menjadi nadi orang Melayu. Apa yang dibuat oleh badan penulis dan ahli politik Melayu? Cina kalah dalam pilihan raya lalu, tetapi menang dalam banyak benda melalui tuntutan mengarut yang dilayan pemerintah"
Seterusnya di SINI
Catatan Kaki:
PENGAJARAN dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu kesilapan yang mesti diperbetulkan. Bahasa Melayu mampu menjadi wahana ilmu biarpun bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Ke mana pergi pejuang ketuanan Melayu dalam United Malays National Organisation yang marah-marah beberapa papan tanda menggunakan juga bahasa lain?
Pertingkatkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai subjek untuk memperbaiki mutu bahasa tersebut dikalangan pelajar, terutama anak-anak Melayu di luar bandar.

6 comments:

mizzJo said...

Salam en Fudzail.

Saya pun tak setuju S&M3 diajar dlm BI (Einstein tak belajar fizik dlm BI pun), tapi pada saya sikap MoE yg suka mengubah2 polisi pendidikan adalh lebih berbahaya. Jadi baik kita kekalkan apa yg kita ada (M3 & S dlm BI).

Dalam masa yg sama kita kena galakkan ahli akademik kita tulis lebih byk buku. Saya percaya masalah kekeringan bahasa kita adalah dari kekurangan penulis berkualiti. Mana buku2 terbaru yg hebat dan menarik dari penulis2 kita? Mana buku2 yg boleh terangkan konsep sains dlm bahasa yg mudah (mcm A Brief History of Time)? Tak banyak.

Kalau kita buat mcm zaman kegemilangan mcm Ibnu Sina dulu... belajar ilmu sains dalam bahasa Greek, kemudian ahli2 kitab menulis kitab2 sains dalam bahasa ibunda masing. Barulah bahasanya berkembang selari dgn ilmu penduduknya.

Saya yakin kalau kita berubah jadi masyarakat yg prolifik, kita akan dapat segarkan semula bahasa kita.

eibla said...

If Malaysia is a technological advance country like some of the developed countries in the world, then we can use Bahasa Malaysia as the main education language.

Till then, we'll have to keep up with tech research papers from oversea, which mostly in English.

Einstein doesn't need Physics to be in English, cause he is at the most front line in Physics. He's the pioneer, not a follower.

Are we Malaysian in the era of pioneering or following?

mizzJo said...

Ada pioneer dalam bidang fizik di malaysia, saya bernasib baik dapat kenal mereka. Tapi mereka lazimnya menulis jurnal & artikel dalam bahasa inggeris. Masyarakat juga mungkin tak mengenali mereka kerana bidang yg mereka kaji terlalu teknikal dan spesifik.

Di sini lah perlunya golongan yg boleh menulis konsep sains kompleks tetapi dlm bahasa yg difahami ramai, dan bawakan konsep2yg kompleks itu ke dalam kehidupan seharian. Cthnya buku Flatland karya Abbott yg mudah dibaca tapi dapat menerangkan tentang higher dimension.

Kalau tulis 'Quantum Chromodynamics' atau 'Calabi-Yau Shapes for String Theory' besar2 di kulit buku pasti ramai pembaca yg lari :D

manlaksam said...

Pak Man tak setuju dengan eibla. Adakah orang Jepun dan Korea itu juga 'pioneer'?
Jangan... janganlah ....

manlaksam said...

Macam mana nak ada buku atau jurnal dalam Bahasa Melayu kerana Universiti tak galak kan pensyarah tulis jurnal dalam Bahasa Melayu.Kalau tulis jurnal dalam Bahasa Inggeris baru senang naik pangkat.
Apa ni?....belum merdeka lagi ke?

IkanStim said...

geram btol la dgn pmerintah skg ni.
anak2 menteri skolah kat luar negara, nampak sgt xpcya dgn sistem yg dorg sndri cipta.

aku rasa, xlama, bahasa melayu hanya pada nama negara, dan matawang

ringgit malaysia