Sunday, November 23, 2008

Antara Benua

(Selamat Hari Lahir kepada isteri tersayang - Dr. Azma Abdul Malek)

ada imejan di permukaan
pandangan yang tersilau
oleh neon perjalanan
disambar fatamorgana
ruang yang terlepas dari
musim saujana usia
di permulaan itu
menyusur waktu berlalu
ada wajah-wajah membayang
suara-suara di kejauhan
menembusi fana emosi
dan meroboh setiap tembok
gurun yang menjadi kampung
taman permainan anak-anak
menumpang kehidupan superfisial
dalam merentas sedar
tentang kesementaraan ini
adalah persinggahan minda
kita tidak di sini
tidak juga di sana
sekadar mengapung imaginasi
merantai antara benua
sebagai jambatan ilusi
dalam mengharung realiti
yang semakin berwarna
dengan pengalaman
hitam putih ketakwaan!
Fudzail
Dubai, UAE

3 comments:

manlaksam said...

Selamat Hari Lahir Dr.Azma.

Fazrul Shahril said...

Salam Bro,

Aku doakan agar kau dan isteri dimurahkan rezeki dan berada dalam keadaan yang ceria selalu...

best baca posting hang...

Salam mesra,

Fazrul
Penang...

Sifu Mirza said...

salam orang dubai..

lama sangat tak berjumpa..
moga terus sukses di sana..