Monday, November 10, 2008

50 Dalil Mengapa Mat Tyson Mesti Menang Timbalan Presiden UMNO


  1. Dia jiran saya di Kelana Jaya
  2. Ada dua Muhammad dalam namanya
  3. Orang kampung yang berjaya dalam politik Melayu
  4. Orang kampung yang berjaya jadi jutawan melalui kuasa politik
  5. Nama Muhammad lebih baik dari nama Muhyidin atau Ali
  6. Setia dengan parti melebihi agama, bangsa dan tanahair
  7. Dulu antara pemimpin yang hensem dan selalu pakai songkok
  8. Lebih tinggi dari Najib dan lebih banyak rambut dari Najib
  9. Pernah gagah macam Mike Tyson dalam beberapa perkara
  10. Lebih tua dari Najib dan tentu tidak berani melawan
  11. Boleh ganti aruah Gaffar Baba sebagai pemimpin Melayu berjiwa Melayu
  12. Ada Sijil Perguruan, Maktab Perguruan Harian Kuala Lumpur (1964),
  13. Siswazah Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1979)
  14. Pernah jadi cikgu (1965 - 1979)
  15. Pernah jadi Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Kementerian Pendidikan (1980)
  16. Pernah jadi pembantu Khas Timbalan Menteri Pendidikan (1981)
  17. Pernah jadi Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Selangor (1982)
  18. Pernah jadi Menteri Besar Selangor (1986 - 1997)
  19. Pernah jadi Ahli Majlis Tertinggi Umno (1987 - 1993)
  20. Pernah jadi Naib Presiden Umno (1993 - 2004)
  21. Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya (Mulai 2003)
  22. Sekarang Ketua Penerangan UMNO (Mulai 2004)
  23. Pernah melarikan puteri Sultan
  24. Pernah Kahwin lari di Golok
  25. Pernah berbohong secara hitam putih dengan Sultan
  26. Pernah dimurkai Sultan kerana selamba berbohong
  27. Pernah bercerai dengan puteri Sultan dan bayar juta-juta
  28. Pernah bawa wang juta-juta dalam guni ke Australia
  29. Pernah kena tangkap kerana bawa wang dalam guni dan tidak isytihar ke Imigresen Australia
  30. Pernah didakwa di mahkamah Australia kerana tidak isytihar wang juta-juta dalam guni
  31. Pernah mengaku dalam mahkamah no speaking inglis
  32. Pernah terlepas hukuman mahkamah Australia sebab teknikal
  33. Pernah mengatakan blogger adalah pengecut
  34. Pernah bergaduh secara siber dengan RPK
  35. Pernah masuk mahkamah kerana kes kahwin
  36. Pernah dan masih ada duit juta-juta
  37. Pernah dan akan terus hulur duit dalam sampul juta-juta
  38. Pernah sakan mempromosi Melayu Baru
  39. Pernah sakan mencium tangan Mahathir, Anwar dan Pak Lah
  40. Akan mencium sakan tangan Najib dan Rosmah
  41. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta untuk kembali ke arus perdana politik
  42. Menurut laporan-laporan media termasuk Brisbane Courier Mail, pernah memiliki enam hartanah di New Zealand yang didaftarkan atas nama isterinya. Hartanah berkenaan dibeli pada tahun 1996 pada harga melebihi 3 juta dolar Australia (pada waktu itu).
  43. Pernah atau masih lagi memiliki enam hartanah dibeli di pulau utara New Zealand, iaitu satu di Pakurunga seluas 4573 meter persegi yang dibeli pada 18 Jun, satu di Otahuhu seluas 1713 meter persegi yang dibeli pada 27 Nov., dan
  44. Pernah atau masih lagi memiliki empat hartanah lain di Mataitai dengan jumlah keluasan 144 hektar yang dibeli antara 29 November 1996 dan 11 mac 1997.
  45. Pernah lelong habis tanah Melayu di Kajang kepada orang asing, antaranya bangunan lama MPKj sendiri.
  46. Ada blog sendiri dan tulis sendiri entri, bukan penulis upahan
  47. Pernah ada buku mengenai Melayu Baru
  48. Kalau dia menang, Selangor boleh ditawan semula oleh BN dengan politik wang yang bilion-bilion
  49. Kalau dia menang, pertama kali Timbalan Perdana Menteri dikalangan senator
  50. Kalau dia menang, boleh ada pilihanraya kecil di Selangor dan dapat memulihkan ekonomi negara dengan curahan wang bajet baru oleh kerajaan bawah Najib


1 comment:

MANTRA said...

Salam...

I have only one dalil for who ever will contest in UMNO... that will be;
THEY ARE CAPABLE TO TAKE UMNO TO ITS SOONEST FUNERAL!

Good Luck UMNO!