Friday, October 10, 2008

Tahi-Tahi Bintang Jatuh di Melaka

dengar tahi-tahi bintang tahunan
kembali jatuh terhempas
berselerakan bagai tahi lembu
memenuhi tanah melaka bersejarah
sebagai meraikan keputeraan 'sultan'

'sultan' jadian melaka bukan sembarangan
anak pahang berjiwa hindustan
sakan mengutip tahi-tahi bintang
mengganti hutan balak yang hilang
untuk poket yang terus berlubang

bendahara ali bukan calang-calang
sama berkongsi komisen tahi-tahi bintang
50% untuk aku, 50% untuk 'sultan'
demi ketuanan warisan parameswara
menjual maruah untuk untung sekangkang

meriah sambutan tahi-tahi bintang
semakin berlambak dan bersepah
kuch kuch hota hai, demi big mama
disembah satu untuk raja bollywood
yang menjadi ikon hiburan picisan

siapalah mereka cucu-cicit hang tuah
untuk tidak merasa amat bertuah
dengan gemerlapan datuk-datuk tahi bintang
bersama si kitul mengulang sejarah melayu
yang busuk kentutnya merentas cakrawala!

Fudzail
Atlantis Dubai
10 okt 2008

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan
10/10/2008 5:17pm
MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.
Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk

758 terima pingat Melaka
MELAKA 10 Okt. - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar mengetuai senarai 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70 esok.

Abdul Aziz bersama Presiden Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka Prof. Emeritus Datuk Dr. Md. Yusop Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh, dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira.

"Seramai 77 penerima dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk," kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 323 penerima akan menerima anugerah masing-masing pada majlis istiadat penganugerahan di Dewan Seri Negeri esok manakala baki 435 penerima akan menerima pada Ahad.

4 comments:

Mr. X said...

Three new Polls on UMNO Elections: -
1. Who do you want as the new Youth Chief for UMNO?
2. Who do you want as the new Deputy President for UMNO?
3. Should Members of Barisan Nasional converge to form a Single MULTIRACIAL Party?
HERE - http://thexblogs.blogspot.com/

Zawi said...

Do you think Shah Rukh Khan really appreciates such and honorific title?
It is demeaning.

manlaksam said...

Pak Man baca sajak tu.Senyum sampai ke telinga.

I SAY MAN said...

Shah Rukh Khan doesn't regard this 'Datukship' important for him making time to go to Melaka and accept it from the Malaccan Yang Dipertua Negeri. He don't even know where Melaka is. Might have lost his way. This Datukship is a joke. No value, no dignity. It's a disgrace. Rampant waste of rakyat's money. Shame on both the 2 cartoon.