Sunday, October 12, 2008

Palm Jumeirah - Catatan Profesional (Tiga)

"Bagaimana dengan rekabentuk prasana telekomunikasi?"

Saeed bertanya dengan suara yang tinggi. Menambahkan debaran.

Saya terangkan apa yang telah dilakukan dalam seminggu. Saeed tidak berminat untuk mendengar 'alasan' saya. Itu tidak penting baginya yang ada banyak isu lebih besar.

"Bila boleh siap?"

Saya cuba menangguhkan jadual sedikit. Saeed melenting.

"Kamu sebagai konsultan dibayar untuk buat siapkan secepat mungkin. Kata ada pengalaman di DIC? Kita tidak boleh tertangguh lagi kerana tender prasana sudah keluar, kecuali untuk telekomunikasi!"

Saeed tidak berminat untuk mendengar penjelasan lanjut dari saya. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa kerana tidak pasti karektor Saeed, bimbang keluar carut dari mulutnya.

Aduan dan Bantuan.

Sebaik mesyuarat, saya mengadu kepada Dr. Osama mengenai tindak-tanduk Saeed dan perlunya pasukan projek ditambah untuk mengurangkan beban kerja yang bertambah tiba-tiba kerana keperluan segera Palm Jumeirah.

Dari perbincangan sampingan dengan konsultan Lebanon yang angkuh tersebut, sempat juga saya dibelasah dengan 'ceramah' mengenai tender kejuteraan awam. Mamat yang sudah botak itu memberitahu apa yang diperlukan dari saya untuk dimasukkan dalam dokumen tender. Terkial-kial juga dengan 'kerja-kerja' kejuruteraan awam.

Contoh tender yang diberikan memberikan saya panduan berguna. Saya sendiri sebenarnya tidak faham pun 'drawings'. Apalagi untuk membuat 'drawings' tender. Memang masalah besar. Selama ini projek IT adalah berlainan.

Dr. Osama tidak berlengah menemui orang nombor tiga Dubai World.

Pihak Dubai World bersetuju untuk kami mengambil dua staf dari kalangan pengurus yang ada dibawah kami sepenuh masa. Segera kami memilih seorang warga emirati dari pusat IT dan seorang warga India dari Khidmat Korporat (Telekomunikasi) serta seorang setiausaha Arab sebagai ko-ordinator.

Kemudiannya, kami berjaya mendapatkan tiga orang profesional dari sebuah syarikat konsultan telekomunikasi Jerman yang pernah bekerja dengan Siemens sewaktu projek DIC. Mereka adalah kontraktor kami di DIC dan menjadi rakan baik walau bahasa Inggeris mereka masih tunggang langgang.

Juga untuk projek Dubai World, kami berjaya mendapatkan khidmat dua orang penganalisa kewangan (kanan) dari Ernts & Young dan Dubai World membayar segala yuran perkhidmatan.

Dengan bertambahnya anggota projek Dubai World ini mengurangkan beban saya dan boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas Palm Jumeirah yang semakin mencemaskan.
Saya juga meminta operator CAD untuk membuat drawings. Pihak Palm Jumeirah tidak cukup tangan manakala pihak konsultan angkuh tersebut, setelah ditekan oleh Dr. Osama, berkata saya boleh menggunakan khidmat salah seorang staf CAD mereka sekadar dua tiga jam sehari.

Saya meminta sebuah meja di pejabat konsultan dan memanggil jurutera Cisco ber'pindah' sama. Lagi masalah apabila bos Cisco berkata yang mereka tidak mahu terlibat untuk menyediakan tender prasana, hanya merekabentuk sistem dan rangkaian telekomunikasi berdasarkan produk mereka. Urusan yang berkaitan kerja-kerja kejuruteraan awam bukan urusan Cisco.

Dengan berdasarkan rekabentuk Cisco yang belum siap sepenuhnya, saya mula membuat 'drawings' tender. Pihak konsultan Lebanon berkata yang penting keluarkan dulu tender, apa-apa yang kurang boleh ditambah kemudian sebagai addendum.

Konsultan ini bengkak kerana mereka hilang yuran khidmat hampir setengah juta setelah bahagian kerja rekabentuk IT & Telekomunikasi diserahkan kepada saya.

Saya memberitahu Dr. Osama, "I have to do whatever necessary to deliver on time! This is a great challenge and nothing can break us!"

Saya segera mengupah seorang jurutera awam dari Palestin yang hebat dengan CAD untuk menyiapkan tender drawings. Jurutera ini terlibat projek di Lapangan Terbang dan hanya boleh melakukan kerja sampingan ini selepas jam 5.

Tiada pilihan, saya terpaksa bekerja di pejabat jurutera itu selama tiga malam serta hujung minggu dan membayar jumlah yang agak besar dari poket sendiri. Drawings yang dihasilkan diserahkan kepada konsultan Lebanon untuk dijadikan dokumen tender.

Apabila saya beritahu Dr. Osama yang saya membayar segala 'drawings' dari poket sendiri, dia begitu marah.

"This is Palm's project, let them pay, not you!"

Tetapi saya tiada masa untuk berfikir lagi selain mesti menyiapkan drawings secepat mungkin. Wajah bengis Saeed menghantui minda. Duit tidak penting lagi, yang penting ialah imej dan persepsi.

BOQ

"Mana senarai BOQ?"

Tanya konsultan Lebanon. Marah-marah. Dia tidak berhenti hisap rokok. Satu pejabat berbau asap rokok. Memang suasana yang tidak sehat.
Apa kejadah pulak BOQ?
Saya terlupa dalam tergesa-gesa untuk menyiapkan drawings.

Kemudian operator CAD berasal dari India datang. Drawings yang saya sediakan dengan bayaran upah yang agak tinggi, tidak boleh dipakai!
Terduduk sekejap. Sudah lah tidak cukup tidur. Petangnya ada pula mesyuarat dengan Saeed.

Masalah! Masalah! Mahu kena jerkah dengan Saeed.

Pejabat konsultant itu terletak di tingkat 11 bangunan Crowne Plaza yang pernah menjadi pejabat awal DIC sebelum berpindah ke kampus DIC. Dari tingkap, saya merenung jauh ke arah Emirates Towers, ibupejabat Palm Jumeirah di seberang Sheikh Zayed Road.


Tiba-tiba datang ilham. Saya berbisik kepada operator CAD itu.

"You solve this and I pay you accordingly!"
"I can only this at home Sir, after work!"
"OK, I dont care, finish it by tomorrow morning and do as per standards!"
"How much do you want to pay me, Sir?"
"How much is your rate?"
Dia memberitahu sekian sekian mengikut jam. Tiada masa untuk tawar menawar.
"OK, the most important thing, finish these drawings together with BOQ by tomorrow morning and let your boss approve all these bloody drawings!"

Bayangkan untuk projek mega yang bernilai bilion dirham ini, saya sumbangkan sedikit wang dalam bentuk upah membuat drawings!
(Bersambung)

2 comments:

Fazrul Shahril said...

Salam Bro,

Respect la lu punya kerja.. apa pun prinsip kerja tu yang penting kan.. bagus-bagus...
goodluck bro...

Salam..

sd7 said...

Usaha yang baik....

goodluck my friend