Sunday, October 19, 2008

Palm Jumeirah - Catatan Profesional (Lapan)

Faktor Yusuf Islam



Dr. Osama meminta saya bertemu dengan Saeed. Saya ada idea lain.


"Saya akan hantar emel kepada Doc mengenai perkara ini, cc kepada Saeed, Dr. MK dan Dr.NH yang jaga projek prasana bagi pihak Palm Jumeirah. Saya akan jelaskan apa yang dipersetujui oleh Doc dna Saeed. Saya akan meminta tindakan segera kerana semua lakaran drawings dan dokumen kontrak telah siap. Hanya untuk dilukis dalam CAD, dimasukkan dalam dokumen tender Konsultan sebelum di edarkan. Segala urusan lain mengenai persetujuan dan pembayaran, mesti dirunding oleh Konsultan Lubnan dan Palm Jumeirah. Tugas kita untuk merekabentuk, menyediakan BOQ dan kontrak telah selesai!"


Dr. Osama bersetuju. Saya segera menulis emel dari meja sementara di pejabat konsultan Lubnan dan bergegas ke pejabat Palm Jumeirah untuk bertemu dengan Saeed.


Berkecamuk juga fikiran sepanjang berjalan kaki melintas Sheikh Zayed Road melalui terowong. Sudahlah cuaca masih panas, hati juga panas. Walau apapun, setiap cabaran mesti dihadapi dan semua itu ujian dari Allah SWT juga.


Hanya AAR, sekretari Saeed yang ada. Saeed ada mesyuarat lain di pejabat Dubai World, mungkin mengenai penubuhan Nakheel dari set-up Palm Jumeirah. Saya tidak pasti sama ada Saeed sudi bertemu saya, tetapi tiada pilihan lain untuk bersemuka dan mencari penyelesaian.


AAR melayan saya dengan meminta budak pejabat menyediakan teh sambil menanti Saeed. Kami berbual kosong sekali-sekala. Antaranya mengenai cuaca. AAR juga kesibukan menjawab telefon yang sentiasa berdering.


Tiba-tiba henfon saya berdering.


"Salammualik ya akhi Yusuf Islam....." Saya sengaja menyebut nama penuh Yusuf Islam agak kuat di depan AAR yang memasang telinga, mendengar perbualan kami, kebetulan dia tidak menjawab telefon.

Yusuf menelefon dari Afrika Selatan dan akan singgah di Dubai minggu berikutnya. Seperti biasa meminta saya menyediakan beberapa perkara terutama lapuran syarikat dan kalau ada apa-apa aktiviti sosial yang boleh dibuat.


Sebaik perbualan dengan Yusuf berakhir, AAR terus bertanya dengan perasaan teruja.


"Itu Yusuf Islam? Cat Stevens?"

Saya mengangguk.

"Kamu kenal dia?"

"Saya menjadi pengurus dia di UAE"

AAR bertambah gembira.

"Sewaktu di UK dulu, memang saya mahu bertemu dia, tidak pernah kesempatan. Boleh bawa dia ke pejabat ini?"

Saya menggangguk. Mungkin ini cara terbaik untuk mendekati Saeed. Baru juga tahu yang AAR pernah menuntut di UK dan mempunyai ijazah!

"InshaAllah, beritahu Saeed yang saya akan bawa Yusuf Islam datang minggu depan!"


(bersambung)

1 comment:

meg said...

Assalamualikum saudara!

Kerja yang amat mencabar apabila bekerja dirantauan terutama orang asing, moga teruskan usaha dengan tabah.

Sampaikan salam dari rakyat muslim malaysia kepada Yusuf Islam same ye!

megat ismail akil, Kedah!