Monday, October 13, 2008

Palm Jumeirah - Catatan Profesional (Empat)

Berkejar Antara Tiga Pejabat

Saya hanya tahu yang mesyuarat kejuruteraan mingguan ditangguhkan apabila tiba di Emirates Towers. Lega rasanya dan sempat menjenguk ke bilik Saeed yang sentiasa sibuk dengan tetamu dan staf.

Selalunya menegur sekretari Saeed, seorang wanita Emirati yang sudah berumur tetapi peramah. Bertanya kabar. (Kemudiannya saya diberitahu, beliau ialah salah seorang ibu mertua kepada pengerusi Dubai World!)

Waktu itu, tidak ramai staf di pejabat Palm Jumeirah dan saya kenal kesemua mereka. Terutama staf lelaki dan setiap kali solat kami bersama.

Sebaik waktu asar, kami berjemaah dan seperti biasa, Saeed mengimani diikuti tazkirah. Dia bersalaman dengan setiap makmum. Berdebar juga kalau dia bertanya mengenai tender.

Nasib baik ada dua tiga staf berebut mahu membodek dengan bertanya itu ini.

Saya berkejar ke pejabat operasi projek Dubai World yang terletak di Attar Business Tower, dalam 1 km dari Emirates Towers.

Mesyuarat projek akan diadakan selepas maghrib dan perlu bersiap untuk membuat lapuran. Bos-bos hanya terluang masa selepas maghrib.

Sebaik tiba, saya melalui boardroom dan pintu terbuka. Ternampak COO/CFO, Hamid yang dahulu CEO di DIC.

Dia segera memanggil saya masuk.

"Apa cerita terbaru Anwar Ibrahim?"

Saya terkejut kerana dalam bilik mesyuarat adalah beberapa ahli lembaga pengarah Dubai World. Salah seorang ialah Secretary General, Adel yang menunggu lapuran status projek dari saya untuk di edarkan.

Sebaik mengucapkan salam kepada mereka, saya menjawab kepada Hamid, "Masih dalam penjara!"

Hamid berkata sesuatu dalam bahasa Arab kepada yang lain, lebih kurang, "Memang zalim Mahathir!"

Sewaktu di DIC, Hamid selalu berbual dengan saya mengenai politik Malaysia. Malah dia boleh dikatakan setiap tahun ke Malaysia, hobi dia membeli CD/DVD di Chinatown. Walau dia jutawan, tetapi masih berhemah dalam berbelanja. Selalu juga dia meminjam CD/DVD dari saya untuk anak-anaknya.

Tiba-tiba henfon berbunyi. Operator CAD yang diupah untuk membuat drawings menelefon.

"Sorry sir, I cannot do the drawings tonight as I have to stay back for over time!"

Berderau darah.

(Bersambung)

3 comments:

JBM8141 said...

baca dua kali sebab kali pertama saya baca, yg otak saya nampak ialah 'beliau ialah ibu mertua kepada salah seorang pengerusi Dubai World'...ada berapa chairman nih? ... rupa2 nya 'beliau ialah salah seorang ibu mertua kepada pengerusi Dubai World!)'

siri artikel yg bagus utk saya sekarang ni, bang fudzail... thanks.

axa said...

"Sorry sir, I cannot do the drawings tonight as I have to stay back for over time!"

Berderau darah."

huh..
dengan saya sekali berdebar..
macam dalam movie la pulak baca catatan en.fudzail nih..

cepat la sambung...

eqiqdsgn said...

salam bro ...

Ada sesuatu yang saya belajar dari catatan ini. Bila buat buku?