Friday, October 24, 2008

Menganggur dan dibuang kerja

Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia semasa ini, dua berita yang memberi kesan besar kepada ramai orang ialah, pembuangan kerja dan pengangguran.

Kesan sistem kapitalis ini memberi akibat yang cukup membebankan, terutama buat mereka yang bekerja makan gaji dengan pendapatan yang tidak seberapa.

Saya pernah mengalami pengangguran, sewaktu pulang dari New Zeland tahun 1988 dahulu, negara mengalami kemelesetan ekonomi. Walaupun dibawah biasiswa kerajaan, tiada tawaran kerja.



Adalah memalukan untuk balik kampung sebagai penganggur terhormat. Saya ke Kuala Lumpur dengan menumpang di beberapa masjid dan hotel-hotel murah dalam mencari pekerjaan. Kemudian menumpang di flet Kerinchi bersama YB Zulkifli Noordin.

Sebagai menampung kehidupan, saya mencari rezeki dengan menjadi penulis sambilan, pagi di majalah Gila-Gila, petang di Berita Harian dan malamnya mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di Chow Kit.


Dapatlah menampung perbelanjaan. Kemudian saya bekerja di sebuah kilang besi milik usahawan Cina di Butterworth, sebelum sekejap di Utusan sebagai kadet wartawan dan Lion Group selama dua tahun sebagai salesman PC pertama buatan Malaysia. Bekerja dengan orang-orang Cina juga memberi pengalaman berbeda.

Masa itu juga NST menawarkan kerja tetapi menolak kerana perbedaan pendapatan yang ketara. Dua kali menerima tawaran tetapi saya tidak berhajat untuk meneruskan kerjaya sebagai penulis dan wartawan.

Setelah ekonomi negara kembali berkembang, saya bertukar kerja beberapa kali kerana industri IT kekurangan graduan berkelayakan. Kemudian kerajaan memanggil saya untuk berkhidmat sebagai penguasa kastam. Saya bekerja sehari sahaja (itupun ambil cuti dari pekerjaan waktu itu) dan meletakkan jawatan 24 jam kemudian kerana sudah biasa dengan corak kerja sektor swasta yang lebih mencabar dan pendapatan lebih besar.

Pernah berniaga sekejap sebelum menjadi staf TV3. Mungkin bertaraf muflis dalam keadaan terumbang-ambing (tiada pendapatan dan menggunakan kad kredit). Pengalaman berniaga secara kongsi menterjemah pengorbanan dan setiakawan.

Sebagai salesman yang pernah dihalau dan dijerkah sebagainya, banyak memberi kesedaran terhadap kemampuan diri sendiri dan ego. Menebalkan muka dan memaniskan wajah walau dalam kepahitan mengajar erti kesabaran.

Untuk berjaya dalam perniagaan tentunya tidak mudah dan memerlukan daya tahan mental dan ikhtiar dalam persaingan. Juga kaitan dengan politik dan orang politik yang hidup mencari untung atas angin.

Salah satu pengalaman pahit sebagai salesman ialah melihat betapa rasuah dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta agak meluas dalam tahun akhir 80han dan awal 90han lagi. Mereka tidak takut meminta habuan sekiranya saya mahu menang tender.

Setelah menjadi penganggur sebaik tamat pengajian, saya kembali menjadi pengganggur setelah dibuang kerja 24 jam. Pengalaman ini menjadi sebahagian dari rencah kehidupan. Saya pernah dipulaukan rakan-rakan sendiri yang tidak mahu 'badi' malang saya sama menimpa mereka.

Ada sebab setiap sesuatu. Saya bukan manusia sempurna dan mengakui bahawa ada melakukan kesilapan dalam pekerjaan. Sudah tentu kesilapan juga pengajaran untuk dijadikan panduan.

Saya berfikiran positif setelah menjadi penganggur kali kedua. Jalan terbaik sewaktu reformasi ialah untuk berhijrah dan mengambil risiko lebih besar. Destinasi pertama ialah Saudi Arabia dengan pertolongan seorang kawan bekas staf TV3. Terimakasih kepada beliau.

Akhirnya setelah mengerjakan haji dari Riyadh, saya ditawarkan bekerja di Dubai. Pernah ditawarkan untuk bekerja di Eropah dan kembali ke New Zealand. Mungkin rezeki masih di bumi Arab buat masa ini.

Pengalaman saya mungkin tidak seberapa dengan mereka yang terlibat kini dengan krisis ekonomi dan menjadi penganggur setelah dibuang kerja atau masih belum mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Kemelut ekonomi semasa turut membuka peluang baru yang mungkin kita tidak terfikirkan sebelum ini. Allah tidak mengubah nasib seseorang sebelum dia mengubah nasibnya sendiri.

Paling penting, tingkatkan usaha, doa dan tidak mudah putus asa. Mencari idea dengan berfikir diluar kotak biasa atau menggunakan pemikiran lateral.

Tawakal dan sentiasa beringat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:
Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:
1. Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit
2. Waktu muda sebelum tibanya waktu tua
3. Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin
4. Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit
5. Waktu hidup sebelum mati

Dalam keadaan semasa, mana tahu ditakdirkan Allah yang rezeki anda di UAE!

Selalu menjenguk ke kerjadubai!

Semuga tulisan ini membantu mereka yang kini tidak pasti untuk bertindak dalam berita pembuangan kerja menjadi menu harian.

Seterusnya - Stay Hungry, Stay Foolish.

6 comments:

manlaksam said...

Fudzail,
Mu sudah baca dah ke apa yang MSO tulis dalam blog Merah Tinta tentang YB Zulkifli Nordin?

ajimsan said...

Thanks for the writing...

otai said...

Your story reminds me about what my teacher used to say to us..exactly in year 1988 (I was in Form 5 then)...she told us, a new music would be introduced during diploma and degree giving ceremony in our local university this year to suit the current scenario.."Aku Penganggur" from Sudirman...

khabir said...

salaam en Fudzail.ape yg blaku adde hikmahnye.sudah lama saya mencari cari org yg btl ingin mengubah cara hidup mereka.sy tahu.sy mempunyai satu peluang perniagaan melalui pendidikan dgn kerjasama kementerian pendidikan malaysia.jika en fudzail ingin thau,hubungi la saya 0173395339(khabir)-UM.marilah kita menolong antara satu sama lain.tc

khabir said...

salaam en Fudzail.ape yg blaku adde hikmahnye.sudah lama saya mencari cari org yg btl ingin mengubah cara hidup mereka.sy tahu.sy mempunyai satu peluang perniagaan melalui pendidikan dgn kerjasama kementerian pendidikan malaysia.jika en fudzail ingin thau,hubungi la saya 0173395339(khabir)-UM

khabir said...

salaam en Fudzail.ape yg blaku adde hikmahnye.sudah lama saya mencari cari org yg btl ingin mengubah cara hidup mereka.sy tahu.sy mempunyai satu peluang perniagaan melalui pendidikan dgn kerjasama kementerian pendidikan malaysia.jika en fudzail ingin thau,hubungi la saya 0173395339(khabir)-UM