Friday, October 31, 2008

Malaysiakini - Halloween di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Seperti yang dijangkakan, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Saya bukan seorang yang arif dan ahli dalam bidang undang-undang dan tidak mengikuti perkembangan di mahkamah setelah sahabat saya, Zulkifli Noordin menarik diri dari menjadi peguam kepada tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Polis.

Altantuya telah dibunuh kemudian mayatnya diletupkan dengan C4. Yang tinggal hanyalah cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Pembunuhan yang kejam dan pihak pendakwa, termasuk pihak polis gagal sekali lagi. Mungkin kebetulan kerana kes ini dikatakan turut melibatkan seorang pemimpin yang berkali-kali bersumpah tidak mengenali Altantuya.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.


Zaki memutuskan yang beliau mendapati tiada kes prima facie terhadap pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia itu.

"Prima facie" dalam bahasa Latin merujuk kepada kes yang mempunyai bukti yang cukup dan pada kadar minimum yang diperlukan untuk membolehkannya diteruskan dalam proses kehakiman.Zaki berkata seluruh isi kandungan afidavit Abdul Razak mengandungi kenyataan pembuktian tidak bersalah yang patut diterima dan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kenyataan pembuktian tidak bersalah ialah kenyataan yang dibuat oleh defendan atau tertuduh yang cenderung membebaskan defendan/tertuduh daripada kesalahan seperti pertuduhan, atau kenyataan yang cenderung memberikan justifikasi atau alasan bagi tindakan atau kehadirannya.

Walau apapun, kes berprofil tinggi ini sedikit sebanyak terus memberi gambaran negatif bukan sahaja kepada keputusan mahkamah, tetapi terutamanya kepada keupayaan pihak pendakwaan. Banyak perkara yang boleh dipersoalkan.

Keseluruhan sistem dari politik, pentadbiran, undang-undang ke sistem keselamatan sudah terlalu kronik.

Begitulah, kita boleh mengagak perjalanan skrip seterusnya di mahkamah dan semuga kebenaran akan tetap terpelihara walau cuba disorok dengan sistematik dan licik.

3 comments:

din_kita said...

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...mgkn
org yang berkaitan dengan kes nie..lupa perpatah melayu nie.

Firdaus Omar said...

Paling menakjubkan...apabila Karpal Singh cuba mengaitkan seseorang (orang penting) dengan kes ini di hadapan Hakim, semua pihak baik pendakwa mahupun peguam bela sama2 sehati sejiwa membela orang itu. Pelik kan?

Aristotle said...

While there is no perfect judicial system in the world, I still would prefer to see our country implementing the jury system like in the US. Sure, there are cases like OJ Simpson who was acquitted, but the likelihood of manipulation by anyone is reduced to a much lower degree. Under the current system, it all boils down to one judge, with no check and balance, until it goes through the appeal process. There are still too many unanswered questions to convince the Malaysian public and the international community that the trial is a fair one.