Friday, October 10, 2008

Lelong Lelong Murah Murah

wahai dunia
dengar dengar ini
pesta politik wang bermula
lelong lelong murah murah
semuanya sudah terpakai
dan tidak boleh pakai

pilihlah aku
anak melayu baru
bawa juta-juta dalam guni
mahu beli pasir australia
nasib baik tidak masuh penjara
sebab I no speaking inglis

pilihlah aku
anak jawa baru
masih kaya walau belum sempat
melelong pasir satu johor
buka projek ali baba hanya baca
niat ngenson.. motokaji semar ngiseng*

pilihlah aku
anak melaka baru
tokeh jual datuk ratus ribu
kandang babi satu negeri
sudah tua masih belia 4B
ada komisen semua boleh jadi

pilih jangan tak pilih
dalam sampul ada RM
kalau menang semuanya OK
dapat kontrak dapat datuk
selagi perjuangan perut belum selesai
lelong lelong murah murah ketuanan
menang sorak, bangsa terus tergadai!

Fudzail
Dubai, UAE

* Mantera P.Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok bermaksud dalam bahasa jawa - niat nak masuk toilet, jgn lupa baca doa

3 comments:

Fazrul Shahril said...

Salam bro,

Selamat berlelong.. bulan lelongan telah bermula.. mari.. mari.. kita tengok sapa yang kena....

Orait..

ryc said...

Assalamualaikum !,Salam bahagia,

Pls read this ,KUDOS PR government @ http://www.wandering-troubadour.blogspot.com/

Teruskan usaha anda rakyat amat berterima kasih dan berdoa agar Anda pemerintah sentiasa dilindungiNya.

Syabas !

Apik

Pentilium5 said...

Fudzail,
Your comments hits the nail right in the eye. Often your usage of the word "Jawa Totok" induce some form of rebellious reaction from readers.... notwithstanding, the word "totok means pure, in reference, Jawa Totok means one with pure Javanese bloodline... I guess those UMNO Totok does not know what totok means..... LOL!