Sunday, October 26, 2008

Hummer Merah Tiba-tiba Muncul

Memandu ke pejabat pagi ini tenang seperti biasa sepanjang Al Khail road. Trafik tidak banyak ketika sampai di persimpangan menuju ke Safa Park. Berbaris kereta untuk ke kanan. Jam dalam 6.50 pagi.

Dalam ketenangan itu, di lorong kiri (kami memandu sebelah kiri di sini) tiba-tiba ada sebuah kereta menciluk masuk ke kanan. Saya juga berhasrat demikian untuk memotong queue.

Saya cuba mengelak dengan sedikit ke kiri.

Tiba-Tiba sebuah Hummer merah muncul dari lorong kecemasan, lorong paling kiri.

Berdentum belakang kereta Toyota Fortuner 4.0 liter yang baru diberi syarikat setelah menggantikan Ford Explorer dua minggu lalu.

Lelaki Arab tempatan (Emirati) yang memandu Hummer merah itu memberi isyarat untuk berhenti beberapa meter di depan.

Berdebar saya turun dari kereta kerana pertama kali mendapat kemalangan jalanraya setelah lama memandu di UAE. Apalagi dengan kereta baru yang diberi syarikat.

Setelah berhenti, lelaki Emirati itu segera melihat kesan di sebelah kanan Hummer merahnya.

Saya mengucapkan salam.

"Kamu tidak memberi lampu isyarat untuk ke kiri!"

Dia nampak marah. "Untuk perbaiki ini mahal tahu, ini Hummer!"

Hati saya menyumpah. "Dia langgar kereta, masuk ikut lorong kecemasan, dia salahkan kita!"

"Saya mengelak tadi, mana tahu ada pula kereta Hummer di lorong kecemasan!"

"OK, tiada apa-apa. Sedikit sahaja, khalas!"

"Bagaimana kereta saya yang awak langgar?"

Kami melihat kesan dentuman di sebelah kiri Fortuner. Sekadar gesekan. Terkejut juga, ingatkan sudah remuk dan renyek kena bantai dengan Hummer merah yang garang itu.

"Boleh dibersihkan!" Kata Emirati berbadan besar itu.

"Tidak panggil polis?"

Kalau panggil polis, tentu dia kena saman, sebab mencilok ikut lorong kecemasan.

"Kamu dari mana?" Tanyanya.

"Malaysia!"

"Oh! Malaysia, nama saya Ahmad Al XXXX" Katanya sambil menghulur tangan. Baru mahu bersalam. Mungkin baru tahu yang saya bukan orang Filipina.

"Saya Mohamed!"

Dia memeluk.

"We are brothers! Selesaikan di sini sahaja OK? Brother?"

Celaka kau Arab, bayangkan kalau Fortuner yang langgar Hummer dan pemandu Fortuner itu Filipino atau India atau Paki.

Sudah tentu masuk penjara hari ini!

Dari nama keluarganya, sudah tahu Ahmad ini orang besar-besar dan rupanya dari google dia salah seorang jutawan korporat Dubai! Tetapi memandu macam samseng dan orang mabuk, mahu cepat ke mana pun tidak tahu.

Mungkin hari ini rezeki dia.....terlepas dari saman, mungkin juga kalau Polis datang, saya yang kena saman sebab saya ini hanyalah orang luar yang menumpang rezeki, manakala Ahmad adalah jutawan dari keluarga ternama di bumi bertuah ini!

Itu rezeki saya agaknya, dilanggar jutawan terkenal!

3 comments:

Topengperak_Xinwugi said...

Salam... hai Pak Arab... baru pakai H2 dah nak kecoh... dekat Malaysia skrg aku tgk dh mula nak bersepah H3 & ada jugak H5...

H3 paling byk org pakai H5 pulak ada la dlm 2-3 bijik.

ramai gak mber2 aku yg dok dubai habaq Pak Arab kat sana memang kepala angin sikit...

yang dtg kat mesia pun ramai gak yg kelapa angin.

depa ingat depa ni bangsa yang agung ka?

lan said...

layanan double standard tu.. mujut malaysians tak dilayan macam bangla di malaysia kan

Insurance 3rd Party said...

Di Dubai ni, kalau orang luar buat salah confrim salah dan akan dikenakan tindakan penjara/saman/deport dll. Kalau local yang buat salah selalunya tak salah apa-apa.